Buat teman2 dan adik2 sekalian..selaku kakak JU di sini akak ada sediakan KSSR yang di agihkan dan mengikut format yang dibincang bersama semasa . saya harap ini dapat membantu guru2 tahun satu yang mengajar agama. KLIK DI SINI
Wednesday, December 29, 2010
sukatan pelajaran tahunan PAI (kssr)
Posted by Naa..a at 6:53 PMDunia Baru Ku..
Posted by Naa..a at 12:54 AMSaturday, December 25, 2010
Aku dan Pantai.
Posted by Naa..a at 3:30 AMSudah begitu lama aku tidak mengunjung pantai. Sejak akhir2 ini mula menjadi pengunjung yang setia. Kekadang aku menunggu hingga senja untuk melihat matahari tengelam. Aku lihat ramai juga orang lain seperti aku, begitu teruja melihat pemainan antara ombak dan pantai yang tak jemu-jemu berinteraksi antara satu sama lain. Adakalanya ombak yang besar menghempas pantai dan adakalanya ombak yang lembut menyapa pantai.
Pada aku ianya adalah satu kejadian yang penuh simbolik. Pabila mentari tenggelam aku pun meninggalkan pantai yang penuh kedamaian itu, dan esok aku akan mengunjungi lagi. Aku percaya pantai itu sudi menerima kehadiran sesiapa sahaja.
Thursday, December 23, 2010
Hati Seorang Aku.
Posted by Naa..a at 9:48 PMBuat masa ini aku terfikir2 untuk menyambung lagi pelajar. Tetapi dengan cara ini aku akan menyibuk diri dengan tahap yang maksima. Hari tu aku ada berbincang dgn pensyarah tentang menyambung peringkat PHD dengan mengambil cuti tanpa gaji. Pihak UTM akan membayar elaun bulanan sebanyak RM 2500 sebulan dan annual Fees sebanyak 20.000 setahun. agak menarik.. 3 atau 4 tahun akan selesai... Sebenarnya itulah yang bermain di fikiranku. Terlalu tinggikah impian aku?. Suami aku pun macam beri green light jerk. Inilah yang ada dalam fikiran aku. Hal2 remeh yang lain tidak sekali2 aku masukkan sebagai agenda penting dalam kehidupan aku. Aku amat kesal bila aku dikaitkan dengan isu2 remeh seperti ..... ( malu utk menyatakan) ...mungkin tahap pemikiran kita berbeza.
Lebih tertarik lagi andainya meneruskannya di Luar Negara. Jadi sesiapa yang rasa bimbang dengan kewujudan aku di bumi Malaysia ini dapat di hilangkan..hi..hi.. Aku adalah seorang insan yang mempunyai perasaan, aku terpelajar, masih mempunyai maruah diri yang tinggi. ( sedikit tertekan ).
Wednesday, December 22, 2010
Skandal dan Maya
Posted by Naa..a at 10:54 PMKadang2 individu boleh bermadah pujangga dan meluahkan perasaan menerusi imaginasi menerusi maya. Berapa ramai remaja musnah kehidupan kerana cinta internet. Di sini etika dalam mengurus perhubungan maya perlu ada dalam diri sendiri. Terharu dengan peristiwa yang menimpa kenalan ku yang mana isterinya marah sangat dengannya setelah membaca sms2 kepada seorang perempuan yang di anggap kekasih suaminya. Sedangkan suaminya yang suka berfantasi dan beremosi di alam maya. Ini mungkin satu keseronokan bagi yang mempunyai kelapangan dan kekosongan dalam minda dan kerja harian. Dulu masa aku sekolah2 dulu tak de dunia maya seperti ini. segalanya menjadi susah namun sempat juga aku menyamar jd lelaki dengan menulis surat kepada seorang perempuan. Akhirnya budak perempuan dah suka sangat padaku wpun tanpa mengenali aku. Dia jatuh cinta dengan nama aku saja pada masa tu. Nama yang aku guna adalah Fareez. Apa yang lebih melucukan tup! tup! masuk universiti duduk seblik dengan budak perempuam tu. Agaknya kalau zaman tu seperti sekarang...entah macam2 kerenah aku lakukan.
Berbalik kepada skandal dan maya ini, menerusi maya ini segalanya boleh terjadi. Kadang2 berbalas2. kdg2 palsu semata. Namun begitu dunia sekarang ramai orang suka yang palsu. bulu mata palsu, gigi palsu, rambut palsu,,, semua yg palsu itu indah. Kebijaksanaan dan kecerdasan akal yang waras mampu mempertimbangkan segala..kdg2 kita bebas membalas sebab kita rasakan kita bersemuka dengannya. Tapi realitinya adalah seperti sebuah games. Manusia tidak selalunya berada di dunia maya. Tetapi mungkin berada di dunia maya individu merasa rileks seketika.
Tahniah Buat Anakku.
Posted by Naa..a at 10:50 PMTahniah buat anakku Norzaleha yang telah berjaya memperolehi 9A dalam PMR. Semoga kejayaan ini satu titik permulaan bagi sebuah perjalanan. Selain kejayaan dalam pelajaran kejayaan dalam membentuk jati diri adalah lebih mustahak. Mama dan Abah hanya mampu memberi dorongan dan doa buatmu, selebihnya usaha dan kehendak adalah dari dirimu sendiri.
Sunday, December 19, 2010
Memories Of Beijing.
Posted by Naa..a at 10:32 PM
For the last week event... mm kami telah mengikuti Global Outreach UTM 2010 @ beijing.. Fuh.. seronok sebab bersama member2 dan pensyarah dan keluarga. Walaupun ianya memenatkan dan suhu di Beijing semasa kunjungan kami itu -9 darjah celcius. Umpama berada di bilik mayat tetapi di sini terbina setia kawan dan keperihatinan.. mm nak cerita lebih2pun ianya tak menarik tanpa gambar. Di sini saya telah upload gambar..sekiranya nak lihat lebih gambar lagi bolehlah ke fb saya.. Dek kerana wujud fb saya dah kurang berinteraksi dengan blog ni.. sebenarnya banyak medan komunikasi.. fb, blog dan web site.. tapi masa je tak mengizinkan untuk memenuhi ruang yang ada.. ok untuk share bersama ....Ini adalah hadiah dari suami tercinta,, untuk mengikuti pelancongan.. terimakasih kepada suamiku yang sangat sporting.. dan sentiasa mendokong aku..
Monday, November 29, 2010
BERTEMU KEMBALI..
Posted by Naa..a at 2:06 AMSaturday, October 30, 2010
koleksi youtube ..cikgu2
Posted by Naa..a at 3:19 AMpengajaran kolaboratif
pengajaran guru jqaf
ustazah mengajar
ustaz dan ustazah nyanyi.
Thursday, October 21, 2010
Makluman buat penyelaras j-qaf.
Posted by Naa..a at 6:54 PMKepada penyelaras j-qaf sekolah-sekolah di daerah Rompin, anda di minta mengisi data-data j-QAF 6 bulan kedua dengan berhati-hati. Sekiranya anda telah mengisi dengan menggunakan versi yang lama anda boleh hanya dengan mengup date kan sahaja. tak perlu taip baru..senang dan mudah sahaja. Pada 26 hb Oktober satu taklimat ringkas akan di adakan di PKG Muadzam shah. Di samping taklimat berkenaan e Plaporan terdapat juga beberapa maklumat penting yang lain yang akan disampaikan.. Untuk itu anda boleh download eplaporan yang terkini klik je !!! di sini.
Sunday, September 5, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Posted by Naa..a at 6:55 PMTuesday, July 27, 2010
Cukup Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang.
Posted by Naa..a at 8:31 PMSemenjak dua menjak ni rasa lapang sikit harian aku. Sessi program sarjana aku pun sudah dipenghujung dah. Tinggal satu subjek je lagi di samping menyiapkan penulisan thesis aku. Biasalah guru sekolah rendah seperti aku ni pukul 1.30 tghari sudah boleh berada dirumah. Kalau ada KOkurikulum pun bila waktu dah petang. Ahh itu anggap sahaja satu rekreasi. Aku dapat menyusun balik jadual harian aku tanpa rasa tekanan dan kongkongan. Ketika bersama anak-anak baru kurasakan betapa syoknya...setiap hari sekembali dari sekolah aku akan masak makan tengahari dengan masakan kegemaran mereka. waktu petang sempat bersantai dengan mereka dan terasa indahnya... Banyak aktiviti2 yang kurang penting aku kurangkan. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku mengutamakan keluarga aku..



