







Sebenarnya Tudung Jenama ini memang pilihan saya. Sebelum ni bila beli tudung je beberapa kali je pakai lepas tu ada je tak kena. Tetapi setelah di perkenalkan oleh seorang member dengan tudung ini, saya mula menyukainya. Kawan tempat kerja pun mula tertanya2 lalu semalam terlanjur ke KL saya berkunjung sendiri kekilang dan berhasrat memilih tudung untuk kawan2. saya akan menjadi pengedarnya lah.. selagi mendapat sambutan dari kawan2. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya 0139995302. atau emel je ke rosnahyunus@yahoo.com. sg
Masih ada saiz L dan M. Harga RM 50 SAHAJA.
Sunday, February 27, 2011
TUDUNG MAIRA.PLAIN DAN BERBUNGA.
Posted by Naa..a at 9:04 PMFriday, February 18, 2011
sos Yong Tau Fu...
Posted by Naa..a at 7:44 PM
Semalam melukut pergi Giant tiba2 teringat nak makan Yong Tau Fu.. so melukut banyak la beli bahan2 nya dan nak balik buat sos Yong Tau Fu.. Di sini Melukut nak share la sos cara buat sos ni.. bagi melukut menjadilah..rasanya semacam yang beli kat pasar malam tu..
Inilah Resipinya...
Bahan-bahanya
10 tangkai cili kering
gula melaka.
bijan goreng
gula (kalau kurang manis)
1 sudu .kecik garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak ( ros guna minyak bijan)- lagi wangi kuah ni nanti.
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air.
sedikit ajinomoto
Bahan Pelengkap Yong Tau Fu
4 batang sosej yang telah direbus
3 batang chikuwa
kanikama- crabstick
kankung yang direbus
Bebola ikan
Fishcake
dan lain-lain.
Cara-caranya
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
SELAMAT MENCUBA..
Wednesday, February 16, 2011
Buat Homestay?
Posted by Naa..a at 3:49 AM
Biasalah, sedar tak sedar sudah hari rabu. Hari ni, lepas sekolah ada meeting..sampai kul 3 ptg. petang 5.30 ada pulak ko-kurikulum. bergalak ngan anak2 murid pandu puteri sampai kul 6.30 petang. Singgah pulak kat umah yang baru siap kat Rompin ni.Aku beli rumah ni sebab kedudukan yang strategik dekat dgn pasaraya dan masjid. Buat masa ni aku tak berhajat nak duduk rumah ni sebab rumah yang aku duduk sekarang tu lebih besar dan selesa serta lebih privasi. So aku berhajat nak jadikan rumah ni sebagai homestay..mm tengah loading barang la ni... tapi, seronok juga duduk di sini, boleh selalu pergi masjid...
Tuesday, February 15, 2011
Cerita Brownie untuk Ahli Pandu Puteri Tunas.
Posted by Naa..a at 7:53 PMHari ini ada aktiviti KO-Kurikulum. Aku pulak pemimpin Pandu Puteri Tunas di sekolah. so aku sering perihatin dengan aktiviti yang patut aku lakukan.Sebagaimana biasa PPT ni untuk anak2 yang kecil dan berjiwa lembut. Dalam PPT ni cerita Brownie ni macam satu kewajipan.. menceritakan tentang pari2 yang rajin mengenal diri. Cuma kadang2 aku terfikir macamana untuk mengislamisasikan lagi cerita ini supaya objektif membangun diri pelajar ini lebih holistik. Berikut saya linkkan cerita ini, CERITA BROWNIE
Saturday, February 12, 2011
Kini ku kembali..dengan adress blog yang baru..
Posted by Naa..a at 12:40 AMmSetelah sekian lama menyepi dari dunia blog ini, kini aku kembali.. aku kembali dengan templete baru dan mungkin semangat baru juga... mungkin. setelah hampir dua bulan aku melalui satu situasi yang melembabkan dan fikiran ku tergamggu . Nah sekarang aku kembali dah...
Thursday, January 13, 2011
Monday, January 10, 2011
modul jawi penuh tahun 1
Posted by Naa..a at 9:06 PMsesape yang berminat utk modul jawi tahun satu boleh link di sini
Friday, January 7, 2011
Bahagia dan membahagiakan.
Posted by Naa..a at 1:02 AMAndainya kita hanyut dalam bisikan syaitan, suatu perkara buruk akan berlaku dan ianya boleh membawa kita kepada menyesal sepanjang hayat.
Dalam kehidupan hari ini, kita dapati betapa ramai manusia kalah dengan hasutan dan bisikan syaitan. Suka mengikut perasaan amarah, sifat amarah menguasai diri sehingga hidupnya penuh dengan kekusutan dan kecelaruan. Menolak segala kebaikan dan mencari segala keburukan untuk menambahkan kemarahan. Alangkah baiknya sekiranya kita mengenepi keburukan dan mencari kebaikan kerana dengan itu hidup kita akan lebih bahagia. Jadilah insan yang sentiasa membahagiakan orang lain kerana dengan cara itu Allah akan membahagiakan kita. Jangan biarkan diri kita berlarutan dalam sifat amarah dan dendam kerana selagi kita memartabatkan sifat itu, syaitan durjalah sahabat kita.Wallahuwaalam.
Sunday, January 2, 2011
Mengapa Harus Bersedih!!!
Posted by Naa..a at 1:32 AMSeringkali manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak, penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak, masalah isteri, masalah suami, masalah kerja, masalah kereta, masalah dan macam2 masalah. Mereka akan sentiasa dalam keadaan bersedih dan menghadapi tekanan perasaan.
Mengapa harus sedih? bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan. Bukankah hidup ini lebih bermakna apabila kita berhadapan dengan masalah?. Segala masalah kita akan selesai sekiranya kita kembalikan segalanya kepada Allah. Kenapa harus bersedih, bila kita merasakan Allah menyanyangi kita. Allah ingin melihat sejauhmana kekuatan iman kita menerima ujiannya. sejauhmana keredhaan hati kita menerima segalanya. Adakah dengan menghadapi masaalah kita mengikut hasutan dan bisikan syaitan yang mendorong kita? sehinggakan kita menangis siang dan malam. Meraung2 atau membunuh diri? Hasutan dan bisikan syaitan itu adalah masalah terbesar sebenarnya.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita, akhirnya membentuk diri kita dengan penampilan yang lebih tenang, sabar, cekal dan positif. Secara tidak langsung ion2 positif yang berada dalam diri kita dapat di rasai oleh orang sekeliling kita seperti anak2, suami dan rakan2. Yang pasti cas2 positif ini boleh memberi kebahagiaan kepada orang yang bersama kita.
Suka saya merumuskan, andainya individu itu memiliki cas2 negatif yang terdiri daripada sifat2 spt mendendam, memaksa, berburuk sangka dan tidak bersabar akan membuatkan orang2 sekeliling juga merasai tempias2 cas negatif itu maka wujud suasana yang tegang dan tidak selesa di kalangan orang sekeliling. Akhirnya orang sekeliling kita turut menjadi lemah. Lemah dar segi fizikal dan mental. Dalam kehidupan ini semua orang memerlukan cas yang positif ini supaya hidupnya lebih ceria dan bersemangat. Tidak semua orang memiliki cas2 positf yang banyak ini. Sebagai guru kita harus membina diri kita dengan mengumpul sebanyak mana cas yang positif ini kerana kita mempunyai banyak pengecas dari murid2 kita.
Kawan2, memupuk sifat2 positif dalam diri tidak sesenang untuk mengubah cara pemakaian kita atau sebagainya. Ianya memerlukan kekuatan dalaman yang jitu, tatkala orang marah dan makin hamun kita boleh bersabar dan tersenyum, itulah yang hendak kita hadapi. Menempuh hidup dengan penuh keredaan itulah kemanisan. ( semuanya sukar di gambarkan. Ayuh!!! mendalami ilmu tasuf )
Labels: sembang o
Friday, December 31, 2010
SELAMAT TINGGAL 2010 DAN SELAMAT DATANG 2011.
Posted by Naa..a at 4:56 AM2011 akan menjenguh beberapa jam saja lagi.Aku tak pasti adakah 2011 bakal membawa sinar baru atau tidak. Yang pasti, hari-hari terakhir ini aku merasakan tidak begitu semangat, dan tidak seceria dulu. Apa harus aku lakukan? memotivasi diri sendiri... ya memotivasikan diri sendiri. Semalam aku sudah memulakan kerja2 aku. Seharian aku berada di Pusat Sumber yang telah di amanahkan untuk aku menjaganya. Aku berjanji pada diriku, aku akan lakukan yang terbaik. Aku akan menyibukkan diriku dengan perkara2 yang boleh memajukan diriku dan keluargaku. Meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepadanya. Semoga Allah menetapkan hatiku dan imanku. 2011 akan lebih bererti kepadaku.
Wednesday, December 29, 2010
sukatan pelajaran tahunan PAI (kssr)
Posted by Naa..a at 6:53 PMBuat teman2 dan adik2 sekalian..selaku kakak JU di sini akak ada sediakan KSSR yang di agihkan dan mengikut format yang dibincang bersama semasa . saya harap ini dapat membantu guru2 tahun satu yang mengajar agama. KLIK DI SINI





