Wednesday, April 22, 2009

OH.. SIMALA..

Semalam seharian menghabiskan masa di PPD. Pada awal pagi baru ku tahu S/U LADAP kena ke PPD. Pada fikiranku mungkin nak tengok laporan LADAP Progress di sekolah. Tekaanku meleset sama sekali. Sebenarnya satu pengujian kepenggunaan bagi perisian maklumat LADAP yang di beri nama SIMALA. eMM nama cantik singkatan dari "sistem maklumat ladap". Setelah saya cuba menggna aplikasi tu, saya dapati beberapa ketidak mesra pengguna sistem itu dan perlu di mudahkan lagi. Tahniah la pada pihak yang telah cuba membangunkan aplikasi itu, bermakna ada inisiatif dan kreatif. Bila saya explore, sistem itu dibina dengan microsoft access. Saya berpendapat sekiranya sistem itu dibina dengan pembangunan VISUAL BASIC lagi success. Bukan saya terror atau hebat tapi tahu, belajar dan pernah membina sistem menggunakan visual basic ni lagi senang, cuma perlu menguasai sedikit bahasa pengaturcaraan. Sekiranya dulu programer buat sistem guna Borland C++ memang susah tetapi di senangkan guna Visual BaSIC. Dalam pembangunan program ni tak boleh sendirian mesti secara berkumpulan yang berkebolehan dari segi pengaturcaraan, grafik, pengetahuan akademi dan seni barulah hasilnya menarik. Beberapa kali ujian kepenggunaan mesti diadakan. Saya percaya ramai guru-guru IT di sekolah yang mempunyai kemahiran tapi tak nak menggunakan ilmu untuk menghasilkan sesuatu yang boleh memberi impak yang baik kepada sekolah. Insyaallah setakat ini saya dan beberapa orang kawan di sekolah cuba membangunkan satu aplikasi untuk menyenangkan pengiraan kedatangan bagi setiap hari dan mengesan ponteng dengan menggunakan visual B ni. Sekarang tengah run tapi masih tak begitu mesra pengguna. Matlamat kita biarpun orang buta IT dia boleh guna perisian ini. SEMUDAH GUNA MESIN KIRA.

2 comments:

Ah Win said...

salam..
oh semalam cikgu pergi juga?
yg mana satu?
saya pun attend..
sayangnya tak cam muka,ya?

mantan said...

Template baru.Ok jugak. Cuma header tu....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...