Sunday, April 26, 2009

Minggu exam..

Pada hujung minggu ni exam. Nampaknya terhempas pulaslah study tapi tak dinafikan perasaan tertekan ada pada saat begini. Walaupun exam tu open book, tapi tahulah camna bila open book tu maknanya tak de jawapan dalam buku lah. Beginilah bila study dengan lokasinya jauh dari kemudahan awam seperti library dan pusat pengajian banyak yang terbatas ditambah pulak dengan situasi bekerja dan belajar memang mencabar. Bagi orang yang dapat peluang belajar sepenuh masa dan biasiswa lagi tu amat beruntung sebenarnya. Tahap pembelajaran peringkat sarjana ini memerlukan masa yang banyak untuk mengkaji dan menganalisis semua teori dan sesungguhnya masa yang ada tak mencukupi. Itulah yang menyebabkan saya rasa bimbang untuk menghadapi peperiksaan. Pembelajaran tak boleh tebuk-tebuk sebab semua teori berkaitan antara satu sama lain. Any way sekarang saya sedang mengkaji teori 4 kerangka kepimpinan BOLMAN AND DEAL.. dalam kerangka teori ini adalah pemikiran rasional dan penstrukturan, kepimpinan mementingkan hubungan manusia, kepimpinan politik dan kepimpinan simbolik. Dalam satu kajian di Malaysia yang telah dijalankan hanya dalam kalangan pengetua yang pernah mengikuti kursus kepimpinan sahaja yang mengabungkan keempat-empat teori dalam memimpin dan mengurus sekolah sedangkan yang tak mengikutinya memimpin ikut-ikut je... tapi tak boleh salahkan mereka kan... ok bye doakan saya berjaya...

3 comments:

mantan said...

Rosnah,
Bagi seorang pemimpin (pengetua?), memang ada banyak ‘behavioral mode’nya.

Ada pengetua yang banyak memberi inspirasi, dan menganggap sekolah sebagai medan bagi memainkan peranan memberi tanggapan-tangapan baik. Pengetua seprti ini berjaya menggunakan lambang, simbol atau ikon tertentu bagi merangsang minat, menganggap pengalaman sebagai sesuatu yang berharga di samping sentiasa memperkatakan tentang visi sekolah.

Ada juga pengetua yang menjadi pemangkin/catalyst dengan stail kepimpinan yang memberi sokongan dan empowerment. Mereka ini mudah diajak berbincang, menurunkan kuasa, menggalakkan penyertaan, berkongsi maklumat dan berbincang bagi membuat keputusan

Ada yang jadi macam arkitek sosial, yang stailnya merencana/merangka dan membuat analisis, memberi fokus kepada struktur, menyusun strategi, melihat persekitaran, membuat implementasi, eksperimen dan mengubahsuai.

Tetapi terdapat juga pengetua yang yang mementingkan kerja berpasukan, bersepakat menentukan apa yamg dikehendaki dan apa yang boleh mereka capai. Kuasa dan minat dikongsi bersama sambil terus mengeratkan hubungan dengan stake-holders. Pengetua menggunakankusa daya pujukan dan seterusnya berbincang, jika perlu.

Gabungan contoh behavioral mode di atas boleh menjadi satu bentuk framework bagi pengetua yang mengharapkan kejayaan sekolah.

Banyak lagi, macam-mcam ada….

Panjang sangat komen ni… Bukan apa, nostalgia teringat waktu dulu-dulu ketika jadi pengetua.

Semoga berjaya!

cikguyusof said...

gud luck 4 ur exam, be the best!

Rosnah said...

tq cikgu yusof. Kepada cikgu wahab ... byk2 terimakasih, sebab komen cikgu tulah kerangka 4 kepimpinan theory Bolman and deal. Menurut Bolman and deal gabungan keempat-empat itulah akan menghasilkan organizational effectiveness dan mengikut theory moden ialah kepimpinan flexible.Sebenarnya ada perkaitan dan persamaan disitu antara 4 kerangka kepimpinan Bolman dan kepimpinan flexible. tapi.. macamana saya nak adaptasi... kurang kreatif nak dikaitkan dengan kepimpinan pengajaran di sekolah.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...