Friday, April 3, 2009

Keluarga Pendidik

Anak Sulong dan anak bongsu

Keluargaku

Hari ini hari jumaat. Semalam baru ku balik dari kuantan kerana urusan temuduga. Hari ini suamiku pula ke Kuantan kerana sekolahnya menganjurkan kursus di PSPN Kuantan. Kursus suami saya tu akan berakhir pada hari Ahad. Saya pun hairan kenapalah hari minggu pun ada kursus juga, anjuran sekolah pulak tu. Esok juga pagi-pagi saya akan ke JB untuk menghadiri kelas. Nampaknya anak –anak terpaksa urus diri sendiri. Nasib baiklah ada nenek yang boleh menjengok mereka.
Life style kami suami isteri yang bergelar guru ni memang begitu, diburu kesibukan. Dalam seharian pun kadang-kadang hanya berjumpa pada malam saja. Pada siang hari kadang-kadang berselisih di atas jalanje, seorang baru nak balik rumah, yang seorang lagi baru nak pergi sekolah. Anak-anak semua bersekolah. Saya dapati situasi yang sama juga dihadapi oleh guru-guru lain. Apa yang sedih anak orang sempat ajar, anak sendiri tak sempat ajar. Dengan keberkatan keikhlasan mengajar anak orang insyaallah anak kita akan pandai juga.. Amin..

1 comments:

aliza said...

Salam,
Begitulah keadaannya bila masing-masing sibuk. Kami dulu pun begitu, anak-anak berada di nurseri sehingga 6 ptg, pendek kata masa untuk keluarga terlalu sikit.

Nak kata tak tahu cari masa luang tak jugak, tapi kesibukan kerja dan belajar memang amat mencabar.

Tu la sebabnya za pilih untuk berhenti kerja dan duduk dirumah, sekurang-kurangnya dapat menebus kesilapan masa lalu. Kesian anak-anak...lagipun di sini tak sama,tak de siapa nak bantu kita mendidik anak2, kena pandai-pandailah...

Moga terus berjaya...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...