Wednesday, April 8, 2009

Bila sudu lebih dari kuah.

Sudah lama tak dengar perupamaan di atas samada betul atau salah. Tapi rasanya begitulah bunyinya lebih kurang.Dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari dari berkomunikasi dan bersosialis.Dalam berkomunikasi kadang-kadang kita dapat mempengaruhi orang lain. status que dan cara bersosial juga adalah pengaruh dalam kehidupan seseorang. Dalam keghairahan menilai seseorang kadang hilang authensity individu tersebut.
Apa yang saya nak cuba ceritakan di sini, saya ada menghadapi seseorang yang percakapannya hebat.semua tahu dan merupakan seorang Juru Latih dalam pelbagai bidang. Apa yang saya tahu dia juga seorang JU ictl. Saya punya jangkaan mesti hebat dan dah tentu mahir dalam ICT. Tapi rupanya jangkaan saya tak betul rupanya si JU ni bukan saja tak tahu membina aplikasi atau bahasa gubahan bahkan perisian yang basic seperti excel dan powerpoint pun tak tahu. Fulamak apa yang mengejutkan saya lagi copy bahan dari satu komputer ke mana removeble lainpun tak tahu.
Persoalannya atas dasar apa pihak PPD dan JPN memilih JU ni? Setakat itu saja ke tahap kompetensi guru. Ini memberi gambaran seolah-olah guru-guru lain lagi teruk la kalau JU pun itu je tahapnya.
Sekiranya itu lah tahap pengetahuan dan kemahiran seorang JU sampai bila bidang pendidikan akan berada pada tahap yang membanggakan. Pihak atasan perlu accountablity dan responsive atas penghasilan kuality dalam pendidikan. Sepatutnya pada tahap 52 tahun merdeka bidang pendidikan sudah berada pada tahap yang membanggakan.

7 comments:

Al-Manar said...

kalau tak cukup kuah tambah saja air panas.Tmggelahlas sudu itu. Jangan marah marah nanti lekas tua. Sometimes an elderly person like Pak Cik, knows less than the better educated younger generation. I wonder what JU ictl is, for instance. And you know I do not know how to use the technical calculator used by form 5 pupils? Isn't sad? The moral of the story is, be kind to your Juru.

Rosnah said...

tq pakcik. semua boleh belajarkan... yang penting mahu belajar. count your chicken before they hatch. itu satu prinsip untuk menjadi lebih berjaya...

mantan said...

rosnah,
Suatu ketika dulu ada seorang guru dihandar berkursus (dalam perkhidmatan) dalam bidang ICT.
Selepas tamat kursus, kembali ke sekolah. Malang sungguh si guru itu kerana hanya tahu menggunakan perisian Microsoft Word sahaja selepas satu tahun berkursus! Dan sehingga sekarang selepas sepuluh tahun menghadiri kursus itu, guru itu hanya tahu menggunakan Microsoft Word!

Cikgu Chun said...

Bukan lebih sudu dari kuah, sudu memang selalu dah lebih dari kuah. Tapi "lebih kuah dari sudu". Apa2 pun, mesti ada minat dalam ICT ni, kalau tak ada minat kursus 10 tahun pun tak tahu apa2 jugak!.

Cikgu Chun said...

Bukan lebih sudu dari kuah, sudu memang selalu dah lebih dari kuah. Tapi "lebih kuah dari sudu". Apa2 pun, mesti ada minat dalam ICT ni, kalau tak ada minat kursus 10 tahun pun tak tahu apa2 jugak!.

Rosnah said...

ha.ha. betul ke cikgu wahab? kesian plak... tapi mungkin jenis orang yang berpuashati dengan apa yang dia tahu kut.
cikgu chun, betul juga kata cikgu tu... tapi ingat saya pada kata kwn saya unta pun berpuluh2 tahun duduk negara arab pun tak leh cakap arab jugak...

Ah Win said...

kak,
ju ictl dlm rompin ni boleh bilang dgn jari je..heheheh..saya tertanya2 sape la the unlucky ones tu..
mahu tahu juga...
heeeeeeeeee..(teruja)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...