Wednesday, April 1, 2009

YAHOO !!! DAH LEGA..

Alhamdulillah, sudah selesai sessi temuduga. Macam-macam ragam peserta yang hadir. Tetapi ini ingatanlah kepada orang lain yang bakal pergi temuduga, pastikan dokumen yang dikehendaki lengkap.Sepanjang sessi temuduga saya ada 2 orang tak boleh masuk temuduga kerana dokumen tak lengkap seperti surat beranak yang asal, borang tatatertib tak bercop dan macam-macam lagi tidak ke haru. Saya memang jenis pelupa tapi selalu buat senarai semak supaya tidak tertinggal. Sebenarnya saya selalu amalkan senarai semak ni, hatta dalam urusan balik kampung pun saya selalu buat senarai semak supaya barang tak tertinggal dan hati senang.
Tadi di hadapan fail saya tampal senarai semak. Penemuduga menegur saya, kenapa mesti ada senarai semak? saya beri alasan la.. Penemuduga tersenyum dan berkata jarang sekali dia berjumpa orang yang berhati macam saya.. Patutlah awak jadi pelajar cemerlang dan harapnya guru cemerlang... ha.ha. insyaallah saya akan cuba memperbaiki diri dari semasa ke semasa...

1 comments:

aliza said...

Salam Tahniah,
Moga-moga tercapai apa yang diimpikan selama ini.
Bertahun-tahun berlatih bercakap depan murid-murid takkan tak boleh jawab kot. Orang yang tak pernah berlatih bercakap pun boleh jawab.

Bagi za, alhamdulillah pengalaman setahun setengah mengajar di Johor tu menjadi pengalaman paling berharga. Masa tu lah za berpeluang bercakap BM baku, walaupun bulan pertama asyik tersilap cakap je (tergelecoh lidoh).

Sampai skrg kalau ada orang tegur orang Kelate cakap tak de sleng kelate, za mesti cakap tu la hasil masuk Camp berlatih cakap BM baku di Johor (berlatih tiap-tiap hari pulak tu). Itu lah kelebihan cikgu yang tak ada pada insan lain.

All the best.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...