Thursday, September 10, 2009

Pitam.

Hari ini aku rasa terkilan, apa yang paling aku bimbang selama ini terjadi. Itu namanya kehendak Allah. Dalam aku berjaga-jaga, bimbang tentang kesihatan anak lelaki aku akhirnya terjadi jugak. Setelah kembali dari klinik semalam anak aku direhatkan sepenuhnya. Harapan aku pagi ini dia akan sihat dan dapat menduduki peperiksaan dengan baik. Pagi tadi ku lihat mukanya ceria juga dan dia menyatakan dia ok. Tetapi setelah beberapa minit berada di Dewan dia hampir pitam. Aku lihat pengawas peperiksaan memapahnya ke bilik rawatan. Nampaknya dia menjawab peperiksaan dibilik rawatan. Mukanya pucat lesi.. Rasa kesian pun ada...sedih ada.. terkilan pun ada. Tambahan hari ini dia menghadapi banyak paper tu.. Apa boleh buat...kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal. Tapi bila aku tanya boleh ke jawab.. dia kata ok. Insyaallah dalam apa jua keadaan Allah memberi kemudahan buatnya. Sebagai seorang ibu mengharap yang terbaik buat anaknya.

2 comments:

Ah Win said...

harapnya dia baik-baik saja.
InsyaAllah doa ibu tu kan makbul buat anaknya

ustaz lan said...

Pasal bimbang dan bejaga-jaga, satu lagi berhati-hati. Semua itu perlu ada pada setiap orang. Bukan pada masalah kesihatan sahaja, tetapi juga pada keselamatan. Berhati-hati dan berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali, barangkali ia seorang peragut, penyamun mahu pun perompak. Mereka ada di mana-mana...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...