Thursday, September 10, 2009

waduh! waduh ! macammana ni...

Setelah urusan anak periksa selesai baru rasa lega sikit walapun sedikit terkilan. Sebelah malamnya aku mula menarik keluar assigment aku yang bertimbun ni. Walaupun badan sedikit tak sihat, namun aku ketepi semuanya. Ikutkan tak sihat, rasanya selalu sangat tak sedap badan ni, maklumlah umur dan makin menginjak maka banyaklah sistem yang terganggu. Sakit sana sini mula terasa berbeza dengan zaman muda-muda dulu. Minggu ni memang malang sikit lah. ada satu kerja kumpulan yang perlu di bentangkan, tapi tup, tup rakan sekumpulan aku tu sakit masuk hospital. Katanya jantungnya problem. Seorang lagi pula tiba-tiba nak tarik diri dari menghabiskan program master(tak pasti tangguh atau berhenti terus) maka tinggallah aku berdua sahaja. Waduh, waduh, rasa macam nak tercabut kepala. entahlah sempat ke tidak aku menyiapkannya... masa ada beberapa jam lagi.. kelas di sekolah pun penuh hari ni..

2 comments:

Faris said...

Kuatkan semangat. Jangan terpengaruh. Itulah cabaran yang perlu dihadapi. Minggu baru ni pun saya kelam kabut menyiapkan proposal dan print out kerana rakan sekumpulan tiba2 kena H1N1 dan kuarantin selama seminggu. Pulun jugalah. Begitu juga kedengaran suara rakan2 saya yang dengar2nya nak stop juga sebab tak tahan assignment yang bertimbun2. Sebagai Penghulu, kena beri semangat dan motivasi juga kepada dia orang ni. Try the best coz U can do it. Buat setakat termampu dan minta excuse kerana lecturer mesti faham. Semoga semangat kental akan terus berkobar2. TQ.

Rosnah said...

tq,cikgu faris..itulah ranjau dan duri yang perlu ditempohi... insyaallah atas dorongan keluarga dan rakan-rakan semua, saya akan lebih bersemangat meneruskan perjuangan ini.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...