Aku heran dengan hobi manusia ni suka benar membuat kontroversi dan menimbulkan gossip. Aneh dan pelik. Tidak pernah ke terfikir pada satu keamanan dan kedamaian. Cubalah kita pandang wajah kawan kita dengan satu pandangan yang penuh dengan kebaikan. Hindarilah diri kita dan hati kita dari memandang keburukan dan kejahatan. Kadang aku suka juga memerhati sifat dan sikat manusia yang suka mencungkil keburukan dan menyebar keburukan kepada orang lain. Baginya satu kepuasan sekiranya keburukan itu menjadi topik perbualan dan perbincangan dan di sertai dengan ulasan2 dari satu sudut pandangan negatif sahaja. Dia juga sanggup mengeluarkan bil telefon sana dan sini semata2 untuk dapat bahan yang berbaur negatif untuk dbicarakan. Tak puas satu sumber ke satu sumber untuk mendapat bahan itu. Bahan yang positif diolah dan diadun semula supaya ianya berbunyi sesuatu teruk... dahsyat...memalukan..
Wahai insan...yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral seperti ini... hentikanlah.. jadilah seorang yang lebih positif..byk lagi masa dan tenaga di perlukan untuk sesuatu kebaikan..
Wednesday, March 10, 2010
Kontroversi dan gossip .
Posted by Naa..a at 6:44 PMTuesday, February 23, 2010
PHD yang ku Impikan
Posted by Naa..a at 6:24 PMMelewati hari2 yang penuh dengan kesibukan membuatkan aku tidak sedar bahawa masa begitu cepat berlalu. Aku mesti struggle untuk menamatkan master aku dengan cemerlang. Bukan sijil yang aku utamakan tetapi pengetahuan dan kemahiran yang aku dambakan. Master tidak memberi apa2 impak pada gaji aku tapi ianya memberi impak yang besar pada diriku. Semester ini adalah semester terakhir bagi subjek yang perlu aku menghadiri kelas. Selepas ini menumpukan pada kajian dan perlu berjumpa penyelia sahaja. Aku rasa masih belum puas belajar sudah nak habis.. terlalu sekejap rasanya. Aku mula terfikir selepas ini. Hajat untuk belajar masih menebal dan berkobar-kobar cuma aku menanti Green light dari big bos.. Mr Hashimme (My hubby) la.. Teringin sekali aku belajar ke peringkat PHD dan berjaya memiliki PHD... Itulah impian aku berada pada tahap itu. Sebenarnya ilmu itu umpama air laut, tak pernah habis dan berkurangan. Andainya aku ada kesempatan insyaallah aku akan memiliki apa yang aku impikan. Tidak pada waktu terdekat satu hari ?? . insyaallah..
Saturday, February 6, 2010
Weekend dan Hari biasa.
Posted by Naa..a at 2:34 PMSaturday, January 30, 2010
SEPI...
Posted by Naa..a at 5:30 AMTika ku sendiri jalani malam sunyi
Angin malam menyapa aku dengan penuh kesayuan
Ku hanya bisa sahut dengan dekapkan badan
Pertanda ku dengarkan seru tegurnya
Langkah kaki tetap terirama pelan
Biar sang angin tidak terlalu keras tegurannya
Karena ku takut tubuh ku kalah
Terkapar lemas tak bisa lakukan apa-apa
Dalam langkah ku nikmati malam ini
Walau sendiri ku berjalan tetap senyum
sepi terus membahana di jiwa
Tiada seorangpun dengarkannya
Tangisan penuhi hati nuraniku
Tiba-tiba nuraniku berbisik sayu...
Semua telah lupa akan keberadaanmu.
Friday, January 22, 2010
Tajuk Kajian....
Posted by Naa..a at 3:48 AMPeranan Pengetua/ gurubesar dalam mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.
Saya rasa inilah tajuk tesis yang bakal aku buat nanti. Dalam mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan seorang pengetua/gurubesar itu dianggap sebagai fasilitator perubahan iaitu merubah satu system yang tradisional kepada system digital ini. Dengan itu kajian mengenai perkara2 dibawah dapat membantu kearah menjawabnya persoalan kajian saya ini.
1. Peranan Pemimpin sebagai fasilitator perubahan.
Dari segi membangun dan susun atur organisasi yang suportif.
Menjalankan latihan yang berpusat.
Menilai dan memantau secara berterusan.
Menyedia konsultasi dan penguatkuasaan
2. Gaya fasilitator perubahan
Sebagai perangsang (Initiator)
Pengurus (Manager)
Pemaklum( Responder)
3. Penggunaan ICT dalam pengurusan dan Kepimpinan pendidikan
Infrastruktur ICT spt penyediaan peralatan ICT dan internet di kawasan sekolah.
Pemantauan berkomputer (Computer Surveillance)
Latihan ICT.
ICT dalam komunikasi.
Kepada kenkawan semua apakah idea u all dengan tajuk saya.. sebenarnya tajuk ni belum mantap lagi dan entah berapa kali dah saya bertukar tajuk..kepala naik fening da...
Saturday, January 16, 2010
Apakah Yang Aku Impikan?
Posted by Naa..a at 4:20 AMWednesday, January 13, 2010
membina web.
Posted by Naa..a at 1:23 AMHampir 2 minggu aku berada disekolah baru. Aku cuba berbakti kepada sekolah baru aku.Aku ingin berkongsi sebenarnya apa yang aku ada tidak lebih dari itu. Langkah yang aku ambil ialah membina website sekolah. walaupun tak seberapa namun mendapat sokongan yang padu dari GB aku. Website ini masih baru dan pengisiannya pun tak seberapa. Kalau rakan2 berminat melihatnya untuk berkongsi idea bolehlah melawat http://skkampungkolam.webs.com. Segala sokongan,pandangan dan idea amat diharapkan.
Tuesday, December 29, 2009
Meeting dan persiapan bagi sessi persekolahan 2010
Posted by Naa..a at 1:35 AMAku dan rakan-rakan setugas cuba sedaya mungkin membuat persediaan yang rapi dan teratur supaya hari pertama tu lebih meriah dan memotivasi pelajar ke sekolah, terutama pelajar yang baru menempuhi alam persekolahan. Walaupun sekolah ni baru bagi aku, aku bersyukur kerana cikgu2 di sini dapat menerima aku dengan baik dan tak timbul masaalah untuk bekerja secara teamwork.
Lebih unik lagi team guru2 tahun satu ni terdiri daripada golongan yang dah veteran spt mak nani yang ada 2 tahun menunggu pencen, kak Ani ARZ dan aku sendiri. Tapi aku kagum jugak dengan semangat mereka yang bertungkus lumus dan sudi menerima inovasi walaupun versi lama. Kiranya update la..( jgn mare) . Semalam kami plan untuk buat ice breaking untuk tahun 1 dan kerjasama, tolenrasi, kesungguhan menyebabkan rasa bersemangat..
Saturday, December 26, 2009
Cuti sekolah sudah ke penghujungnya..
Posted by Naa..a at 1:36 AM anak ku dah besar ....

aduh..segalanya akan berakhir.. mm sesi lepak depan TV.. masak memasak dan makan memakan semuanya akan berakhir. Maksud aku tak semeriah musim cuti la..mulai minggu depan 28/12/09 kena menghadiri mesyuarat 1 sessi 2010. Berdebar rasanya..maalumlah sekolah baru. Bagaimana yek.suasana yang baru..kawan baru..murid baru.. ohh..kena melalui minggu orientasi yang intensif la nampak gayanya... Tapi aku rasa ada sedikit persediaan mental untuk ke situ..ha azam mesti baru..
Maahad Muhammdai (p) 89 9A? fuih... membanggakan!!!
Posted by Naa..a at 1:11 AMSemalam keputusan PMR diumumkan. rata-rata sekolah menunjukkan peningkatan. Banyak sekolah dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang 9A, 8A. Membanggakan.!!!. Tapi selaku bekas pelajar Maahad Muhammadi Lilbanat 1988 aku turut berbangga dengan anak-anak yang berjaya mendapat 9A. Aku dimaalumkan menerusi fan Maahad di Facebook semalam seramai 89 pelajar MMP mendapat 9A. ohh sukar aku bayangkan ...bagaimana kawan-kawan aku (sebab kebanyakan kawan aku mengajar di situ) mengajar anak muridnya jadi pandai macam tuh... tahniah ..aku rasa mereka menerusi tradisi mengajar ustaz2 aku dulu jugak. Entahlah, fenomena sekolah agama rakyat ni berbeza sedikit dengan sekolah menengah biasa ni. Sekolah agama seperti MMP ni banyak mengajar pelajarnya menjadi seorang mujahadah. Mereka tidak pernah dimanjakan.. mm kalau aku nak cerita pun agak susah kecuali melaluinya...
Friday, December 25, 2009
Kita datang darinya dan kembali kepadanya.
Posted by Naa..a at 2:19 AMKematian adalah suatu yang pasti tak ada seorang pun yang terkecuali. Allah tidak akan menangguhkan walaupun sesaat bila tiba masanya... Sebagai insan yang masih diberi kesempatan untuk hidup ini mengharap pengakhiran yang baik. Husnul Khatimah.
Aku sangat merasakan kehilangannya. Terlalu sukar untuk mencari sahabat yang baik dan jujur sepertinya. Ya Allah Cucurilah Rahmat ke atasnya.. dan tempatkanlah dirinya bersama para sahabat dan anbiya'. amin... buat keluarganya takhziah ku ucapkan. Semoga zuriat yang ditinggalkannya itu dilindungi dan menjadi insan yang soleh dan baik.
Wednesday, December 23, 2009
Mesyuarat Pengurusan PAI di Seri Malaysia Temerloh.
Posted by Naa..a at 4:12 PMBermula 22-23 hb Disember aku menghadiri Mesyuarat Pengurusan bagi PAI,j -QAF dan B,Arab. Biasalah musim hujan, Dengan menggunakan jalan pintas Bera - Temerloh jalannya yang sempit dan berlubang tu sudah cukup membuatkan leher dan belakang aku sakit ditambah pula sepanjang perjalanan tu hujan dan jalan licin. Pemanduan mesti dalam keadaan yang berwaspada dan berhati-hati.
Apa yang menarik lagi, bandar ikan patin ni, menyediakan menu ikan patin yang spesial. Kebanyakan gerai menyediakan hidangan ikan patin masak tempoyak nih..kunjung je mana-mana gerai atau restoran pasti ada hidangan ini. di temerloh ni sempatlah aku pekena beberapa kali ikan patin masak tempoyak nih. fuhh...rasanya sukar di lupakan. Hotel SERI MALAYSIA TEMERLOH juga menyediakan menu ikan patin masak tempoyak yang enak.,, mmm kredit buat chef Hotel Seri Malaysia Temerloh!!!. kerana buat aku kenyang..







