Thursday, December 23, 2010

Hati Seorang Aku.

Aku dalam kalangan kawan2 yang mengenali aku sering mengelarkan aku sebagai wanita yang gigih bersemangat dan mudah digemari oleh sesiapa sahaja yang mengenali aku. Semasa hari pertama aku mendaftar untuk program master aku dulu, kawan2 aku mengatakan andainya saya tidak meneruskan kursus ini, saya akan malu pada akak. akaklah yang menjadi sumber inspirasi saya. Aku memahami dan semuanya itu adalah identiti buat aku. Tapi disebalik kecekalan itu, aku juga memiliki hati. Aku ada perasaan seperti sedih, kecil hati dan kecewa. Tapi tak semudah itu untuk aku zahirkan. Kekadang bila aku sedih, aku ambil masa beberapa minit dan menangis, sepuas2nya. Bila selesai aku akan tersenyum seolah2 tidak ada apa yang berlaku. Aku adalah manusia yang tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain, tetapi sering berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Aku paling tidak suka menyakitkan hati insan lain, kadang2 pelbagai kata2 yang aku terima dan menyakitkan namun akan tetap menjaga hati orang. Kenapa aku menulis begini? entahlah,, sedih ke? tidak.. aku tidak sedih. Kadang2 blog inilah yang menjadi tempat aku melepaskan kata dan bicara hati.

Buat masa ini aku terfikir2 untuk menyambung lagi pelajar. Tetapi dengan cara ini aku akan menyibuk diri dengan tahap yang maksima. Hari tu aku ada berbincang dgn pensyarah tentang menyambung peringkat PHD dengan mengambil cuti tanpa gaji. Pihak UTM akan membayar elaun bulanan sebanyak RM 2500 sebulan dan annual Fees sebanyak 20.000 setahun. agak menarik.. 3 atau 4 tahun akan selesai... Sebenarnya itulah yang bermain di fikiranku. Terlalu tinggikah impian aku?. Suami aku pun macam beri green light jerk. Inilah yang ada dalam fikiran aku. Hal2 remeh yang lain tidak sekali2 aku masukkan sebagai agenda penting dalam kehidupan aku. Aku amat kesal bila aku dikaitkan dengan isu2 remeh seperti ..... ( malu utk menyatakan) ...mungkin tahap pemikiran kita berbeza.

Lebih tertarik lagi andainya meneruskannya di Luar Negara. Jadi sesiapa yang rasa bimbang dengan kewujudan aku di bumi Malaysia ini dapat di hilangkan..hi..hi.. Aku adalah seorang insan yang mempunyai perasaan, aku terpelajar, masih mempunyai maruah diri yang tinggi. ( sedikit tertekan ).

Wednesday, December 22, 2010

Skandal dan Maya

Skandal mungkin satu perkataan yang mengambarkan dengan pelbagai unsur2 negatif. Apabila orang mendengar dia akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif. Era teknologi dan komunikasi ini mendedahkan kita kepada pelbagai kemungkinan yang sukar di kawal. Segalanya berada di hujung jari. Beberapa saat ianya terjadi. Dalam era ini terdapat banyak rumahtangga berantakan, hubungan persahabatan musnah, persaudaraan tercerai semuanya kerana tidak menggunakan pemikiran yang waras dan tangan mendahului minda.

Kadang2 individu boleh bermadah pujangga dan meluahkan perasaan menerusi imaginasi menerusi maya. Berapa ramai remaja musnah kehidupan kerana cinta internet. Di sini etika dalam mengurus perhubungan maya perlu ada dalam diri sendiri. Terharu dengan peristiwa yang menimpa kenalan ku yang mana isterinya marah sangat dengannya setelah membaca sms2 kepada seorang perempuan yang di anggap kekasih suaminya. Sedangkan suaminya yang suka berfantasi dan beremosi di alam maya. Ini mungkin satu keseronokan bagi yang mempunyai kelapangan dan kekosongan dalam minda dan kerja harian. Dulu masa aku sekolah2 dulu tak de dunia maya seperti ini. segalanya menjadi susah namun sempat juga aku menyamar jd lelaki dengan menulis surat kepada seorang perempuan. Akhirnya budak perempuan dah suka sangat padaku wpun tanpa mengenali aku. Dia jatuh cinta dengan nama aku saja pada masa tu. Nama yang aku guna adalah Fareez. Apa yang lebih melucukan tup! tup! masuk universiti duduk seblik dengan budak perempuam tu. Agaknya kalau zaman tu seperti sekarang...entah macam2 kerenah aku lakukan.

Berbalik kepada skandal dan maya ini, menerusi maya ini segalanya boleh terjadi. Kadang2 berbalas2. kdg2 palsu semata. Namun begitu dunia sekarang ramai orang suka yang palsu. bulu mata palsu, gigi palsu, rambut palsu,,, semua yg palsu itu indah. Kebijaksanaan dan kecerdasan akal yang waras mampu mempertimbangkan segala..kdg2 kita bebas membalas sebab kita rasakan kita bersemuka dengannya. Tapi realitinya adalah seperti sebuah games. Manusia tidak selalunya berada di dunia maya. Tetapi mungkin berada di dunia maya individu merasa rileks seketika.

Tahniah Buat Anakku.

Tahniah buat anakku Norzaleha yang telah berjaya memperolehi 9A dalam PMR. Semoga kejayaan ini satu titik permulaan bagi sebuah perjalanan. Selain kejayaan dalam pelajaran kejayaan dalam membentuk jati diri adalah lebih mustahak. Mama dan Abah hanya mampu memberi dorongan dan doa buatmu, selebihnya usaha dan kehendak adalah dari dirimu sendiri.

Sunday, December 19, 2010

Memories Of Beijing.





For the last week event... mm kami telah mengikuti Global Outreach UTM 2010 @ beijing.. Fuh.. seronok sebab bersama member2 dan pensyarah dan keluarga. Walaupun ianya memenatkan dan suhu di Beijing semasa kunjungan kami itu -9 darjah celcius. Umpama berada di bilik mayat tetapi di sini terbina setia kawan dan keperihatinan.. mm nak cerita lebih2pun ianya tak menarik tanpa gambar. Di sini saya telah upload gambar..sekiranya nak lihat lebih gambar lagi bolehlah ke fb saya.. Dek kerana wujud fb saya dah kurang berinteraksi dengan blog ni.. sebenarnya banyak medan komunikasi.. fb, blog dan web site.. tapi masa je tak mengizinkan untuk memenuhi ruang yang ada.. ok untuk share bersama ....Ini adalah hadiah dari suami tercinta,, untuk mengikuti pelancongan.. terimakasih kepada suamiku yang sangat sporting.. dan sentiasa mendokong aku..

Monday, November 29, 2010

BERTEMU KEMBALI..

Alhamdulillah, waktu kesibukan aku telah berlalu pergi.. semoga segalanya dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.. Sekiranya tiada aral melintang.. bulan Mac ni dapatlah segolong kertas yang berstatus sarjana.. Walaupun jauh disudut hati ku berkira-kira adakah layak aku memilikinya. Tapi itulah yang telah aku usahakan selama dua tahun ini. Banyak pahit jerih yang ku lalui. Dengan sokongan dan dorongan orang sekeliling menjadikan aku kuat. Tapi tidak dinafikan akhir2 pengajian tersangatlah tertekan dan terasa macam ingin berhenti di situ saja. Segalanya aku terasa amat sukar dan diluar kemampuan. Tapi ku gagahi jua.ku lawan dan ku hadapi sehingga ke penghujungnya. Di semester terakhir ini benar-benar menguji ketabahan dan kesanggupan orang seperti aku, yang mempunyai Multitask.Ohh..aku tak sangka aku dapat melepasinya. Cuma simpton2 tekanan masih melekat pada diriku hingga saat ini..

Saturday, October 30, 2010

koleksi youtube ..cikgu2

pengajaran kolaboratif

pengajaran guru jqaf

ustazah mengajar

ustaz dan ustazah nyanyi.

Thursday, October 21, 2010

Makluman buat penyelaras j-qaf.

Kepada penyelaras j-qaf sekolah-sekolah di daerah Rompin, anda di minta mengisi data-data j-QAF 6 bulan kedua dengan berhati-hati. Sekiranya anda telah mengisi dengan menggunakan versi yang lama anda boleh hanya dengan mengup date kan sahaja. tak perlu taip baru..senang dan mudah sahaja. Pada 26 hb Oktober satu taklimat ringkas akan di adakan di PKG Muadzam shah. Di samping taklimat berkenaan e Plaporan terdapat juga beberapa maklumat penting yang lain yang akan disampaikan.. Untuk itu anda boleh download eplaporan yang terkini klik je !!! di sini.

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


selamat hariraya buat semua rakan blog yang dirindui..ampun dan maaf atas segalanya, Tahniah kerana dapat menyempurnakan ramadan dengan cemerlang...

Tuesday, July 27, 2010

Cukup Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang.

Semenjak dua menjak ni rasa lapang sikit harian aku. Sessi program sarjana aku pun sudah dipenghujung dah. Tinggal satu subjek je lagi di samping menyiapkan penulisan thesis aku. Biasalah guru sekolah rendah seperti aku ni pukul 1.30 tghari sudah boleh berada dirumah. Kalau ada KOkurikulum pun bila waktu dah petang. Ahh itu anggap sahaja satu rekreasi. Aku dapat menyusun balik jadual harian aku tanpa rasa tekanan dan kongkongan. Ketika bersama anak-anak baru kurasakan betapa syoknya...setiap hari sekembali dari sekolah aku akan masak makan tengahari dengan masakan kegemaran mereka. waktu petang sempat bersantai dengan mereka dan terasa indahnya... Banyak aktiviti2 yang kurang penting aku kurangkan. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku mengutamakan keluarga aku..

Saturday, June 5, 2010

MTQSS - Universiti Malaysia Terengganu 2010


Pada 31 Mei hingga 3 jun telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang gilang gemilang. Padaku program ini adalah satu program yang amat baik untuk pembangunan pelajar. Ia merupakan satu program tradisi.. dan amat unik. Pengalaman 3 hari aku mengikuti program ini, aku dapati ada simbolik yang mendalam. Sebelum ini aku pernah juga mengikuti perkhemahan bersepadu peringkat kebangsaan tetapi programnya amat berbeza sekali. Program ini tidak lasak dari fizikal tetapi mempunyai ketahanan dari segi mental. Aku kagum dengan anak2 berusia 9 tahun berani berhadapan dengan cabaran yang diberikan untuk menghafaz al-quran, cerita dan membaca alquran dengan baik. Pada aku sekiranya aktiviti harian pelajar diisi dengan aktiviti seperti ini, maka mereka tidak akan mempunyai masa untuk aktiviti lain yang membuang masa dan membawa keburukan,
Kemelesetan ekonomi tidak boleh dijadikan alasan untuk meniadakan program ini. Kemenangan bukan objektif utama bagi program ini. Tapi proses pembentukan dan kelahiran peserta yang mempunyai daya tahan, berdisiplin, komitmen dan jadi diri menjadi fokus kita. Kemenangan hanya satu bentuk pengukuran yang subjektif dan kesahan masih boleh diragukan namun begitu keberhasilan dari segi tingkahlaku, pemikiran dan emosi peserta adalah pengukuran yang sebenar. Di sekolah peserta-peserta yang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan ini mesti mempunyai kelainan dari segi kognitif, afektif dan psikomotornya.
Selama 3 hari bersama dengan peserta2 perempuan dari kontijen pahang ini saya membuat pemerhatian, dan mereka menunjukkan sikap yang positif dan jati diri yang tinggi. Pada saya secara tidak langsung proses program ini melahirkan mereka begini. sekian wallahu waalam.

Friday, May 28, 2010

Rasa bertanggungjawab

Sudah lama aku tak berkesempatan menulis blog ini. Tadi setelah aku membuka blog ni, aku baca 2 komen yang matang dari Pakcik Almanar dan Cikgu Wahab. Baru aku ingat aku terlupa untuk wish Happy Teacher's day untuk kedua insan ini.. Terharu sangat..sebenarnya akibat terlalu sibuk, dan tak baca dan buka blog.
Berbalik kepada komentar Pakcik Almanar dalam blog aku bagi posting dibawah amat bererti buat aku memahami dan mengerti apa yang tersirat. Sekali lagi aku terpanggil untuk menulis tentang rasa bertanggungjawab. Masih lagi berkisar tentang kerjaya aku sebagai guru.
Kalau ALLAH panjangkan umur aku masih mempunyai 18 tahun untuk mengharungi dan melalui routine sebagai guru. Kalau dulu aku sering melihat nenek dan ayah aku mengajar anak2 kat kampung secara percuma setiap hari, tanpa terdengar rungutan dan keluhan. Malah itulah routine hariannya selepas waktu tengahari hingga ke petang dan bersambung malam. Di wajahnya terpancar kepuasan dengan apa yang dicurahkan. Hasilnya aku lihat anak-anak cucunya di beri keberkatan dan alhamdulillah boleh dikatakan menjadi. Itulah balasan Allah.
Aku juga pernah terfikir tentang anak-anak seorang kenalan aku, walaupun belajar tanpa tusyen tapi sering mendapat keputusan periksa yang cemerlang dan hampir kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa rahsianya? aku lihat dia suka mengajar anak2 jiran2 dan orang sekelilingnya mengaji secara percuma. Walaupun dia seorang guru di sekolah Menengah balik hampir petang, tapi masih sempat mengajar Al- Quran pada waktu malamnya tanpa mengharap bayaran. Bila aku tanya dia menjawab ayah dan nenek kita dulu pun buat macam ni.. itulah jariah katanya. kita tidak ada duit tapi kita ada ilmu..gunakan.
Rasa kebertanggungjawab ini lahir dari hati yang ikhlas. Mengikhlaskan diri tanpa terdetik unsur2 riak, takabur dan keterpaksaan memanglah suatu yang susah. Namun kita cuba mendidik diri. Tengok bangsa kita dan agama kita yang dicemari dan runtuh perlahan-lahan. Adakah kerana tidak ada rasa bertanggungjawab dari insan seperti kita. Nauzubillahi min zalik.

Wednesday, May 12, 2010

Kesal lah?

sudah 17 tahun aku bergelar guru dan aku bangga dan gembira sebagai guru.Dalam masa 17 tahun aku bergelumang dengan kanak-kanak yang kadang2 mengharap perhatian, kadang2 mengharap belaian manja dan kadang2 minta dibelai. Tapi aku merasa puas dan senang hati apabila aku kenangkan. Aku berjaya menjadikannya orang. Walaupun setengah padanya bukanlah berjawatan besar tetapi dia dapat survive hidupnya dengan sempurna itu satu kejayaan buat aku. Aku bangga dengan mereka.

Hari ini aku ada berjumpa dengan seorang member..dia ni bisnesswoman lah kiranya. Aku tahu dia seorang usahawan yang berjaya, berkereta besar berpakaian berjenama, berprestij la katakan. Aku turut berbangga dengannya,, sekarang dia sibuk dengan jualan langsungnya.Dia memberitahu aku takkan kaya dengan makan gaji ni,,, dan dia mempersoalkan beberapa tahun kerja pun gaji macam tu jgk. lebih baik le you buat jualan macam i bla..bla..bla.. Saya just mendengar jelah, biasalah orang berkempen. Apa yang menarik perhatian apabila dia menceritakan orang tu jadi millionaire..orang ni jadi millionaire dalam masa yang sekejap je... kalau jadi cikgu kiamat pun tak merasa ..dia kata pada saya..

Tanpa saya sedari tiba-tiba mulut saya terkeluar juga.. bunyinya " akak, saya tak pernah bercita-cita untuk menjadi billionaire atau millionaire ni.. pada saya ada rezki untuk makan dan pakai anak2 saya dah memadai. Tapi saya menjadi cikgu saya bercita-cita utk melihat anak2 murid terutama islam macam saya ni sempurna hidupnya. Sekurang2nya bila saya mati selagi ilmu yang saya sampai mereka guna saya akan dapat sahamnya.

Entahlah saya emosi atau tidak. Pada saya tak salah nak berkempen tapi janganlah merendah2kan martabat orang.. tak semua manusia di dunia ini memandangkan kepada duit semata2. Ada benda yang lebih bernilai dari duit dalam hidup kita. Selagi ada sifat tamak dalam diri selagi itu kita tidak sempat menikmati nikmat yang Allah beri.

Mempercayai pada satu takdir dan berharap dengan takdir yang Allah beri adalah terbaik buat kita. Allah tidak pernah silap dalam perhitungannye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...