Friday, May 28, 2010

Rasa bertanggungjawab

Sudah lama aku tak berkesempatan menulis blog ini. Tadi setelah aku membuka blog ni, aku baca 2 komen yang matang dari Pakcik Almanar dan Cikgu Wahab. Baru aku ingat aku terlupa untuk wish Happy Teacher's day untuk kedua insan ini.. Terharu sangat..sebenarnya akibat terlalu sibuk, dan tak baca dan buka blog.
Berbalik kepada komentar Pakcik Almanar dalam blog aku bagi posting dibawah amat bererti buat aku memahami dan mengerti apa yang tersirat. Sekali lagi aku terpanggil untuk menulis tentang rasa bertanggungjawab. Masih lagi berkisar tentang kerjaya aku sebagai guru.
Kalau ALLAH panjangkan umur aku masih mempunyai 18 tahun untuk mengharungi dan melalui routine sebagai guru. Kalau dulu aku sering melihat nenek dan ayah aku mengajar anak2 kat kampung secara percuma setiap hari, tanpa terdengar rungutan dan keluhan. Malah itulah routine hariannya selepas waktu tengahari hingga ke petang dan bersambung malam. Di wajahnya terpancar kepuasan dengan apa yang dicurahkan. Hasilnya aku lihat anak-anak cucunya di beri keberkatan dan alhamdulillah boleh dikatakan menjadi. Itulah balasan Allah.
Aku juga pernah terfikir tentang anak-anak seorang kenalan aku, walaupun belajar tanpa tusyen tapi sering mendapat keputusan periksa yang cemerlang dan hampir kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa rahsianya? aku lihat dia suka mengajar anak2 jiran2 dan orang sekelilingnya mengaji secara percuma. Walaupun dia seorang guru di sekolah Menengah balik hampir petang, tapi masih sempat mengajar Al- Quran pada waktu malamnya tanpa mengharap bayaran. Bila aku tanya dia menjawab ayah dan nenek kita dulu pun buat macam ni.. itulah jariah katanya. kita tidak ada duit tapi kita ada ilmu..gunakan.
Rasa kebertanggungjawab ini lahir dari hati yang ikhlas. Mengikhlaskan diri tanpa terdetik unsur2 riak, takabur dan keterpaksaan memanglah suatu yang susah. Namun kita cuba mendidik diri. Tengok bangsa kita dan agama kita yang dicemari dan runtuh perlahan-lahan. Adakah kerana tidak ada rasa bertanggungjawab dari insan seperti kita. Nauzubillahi min zalik.

Wednesday, May 12, 2010

Kesal lah?

sudah 17 tahun aku bergelar guru dan aku bangga dan gembira sebagai guru.Dalam masa 17 tahun aku bergelumang dengan kanak-kanak yang kadang2 mengharap perhatian, kadang2 mengharap belaian manja dan kadang2 minta dibelai. Tapi aku merasa puas dan senang hati apabila aku kenangkan. Aku berjaya menjadikannya orang. Walaupun setengah padanya bukanlah berjawatan besar tetapi dia dapat survive hidupnya dengan sempurna itu satu kejayaan buat aku. Aku bangga dengan mereka.

Hari ini aku ada berjumpa dengan seorang member..dia ni bisnesswoman lah kiranya. Aku tahu dia seorang usahawan yang berjaya, berkereta besar berpakaian berjenama, berprestij la katakan. Aku turut berbangga dengannya,, sekarang dia sibuk dengan jualan langsungnya.Dia memberitahu aku takkan kaya dengan makan gaji ni,,, dan dia mempersoalkan beberapa tahun kerja pun gaji macam tu jgk. lebih baik le you buat jualan macam i bla..bla..bla.. Saya just mendengar jelah, biasalah orang berkempen. Apa yang menarik perhatian apabila dia menceritakan orang tu jadi millionaire..orang ni jadi millionaire dalam masa yang sekejap je... kalau jadi cikgu kiamat pun tak merasa ..dia kata pada saya..

Tanpa saya sedari tiba-tiba mulut saya terkeluar juga.. bunyinya " akak, saya tak pernah bercita-cita untuk menjadi billionaire atau millionaire ni.. pada saya ada rezki untuk makan dan pakai anak2 saya dah memadai. Tapi saya menjadi cikgu saya bercita-cita utk melihat anak2 murid terutama islam macam saya ni sempurna hidupnya. Sekurang2nya bila saya mati selagi ilmu yang saya sampai mereka guna saya akan dapat sahamnya.

Entahlah saya emosi atau tidak. Pada saya tak salah nak berkempen tapi janganlah merendah2kan martabat orang.. tak semua manusia di dunia ini memandangkan kepada duit semata2. Ada benda yang lebih bernilai dari duit dalam hidup kita. Selagi ada sifat tamak dalam diri selagi itu kita tidak sempat menikmati nikmat yang Allah beri.

Mempercayai pada satu takdir dan berharap dengan takdir yang Allah beri adalah terbaik buat kita. Allah tidak pernah silap dalam perhitungannye..

Friday, April 2, 2010

siii book...

Telah lama aku tidak menulis diruangan ini. Akibat kekalutan dengan tugasan study , kerjaya dan private life aku menyebabkan ruangan ini terabai. Begitulah kehidupan kadang2 priority yang di fikirkan. Aku tahu walaupun ruangan ini sepi tapi masih ada pengunjung2 setia yang sudi singgah di sini. Terimakasih...Bila diri terasa sunyi dan sepi pasti ruangan ini dicari. Membaca ruangan rakan2 blog yg constantly menulis ... tapi tak semua juga aku sempat... Bila sibuk sebegini apa yang aku fikirkan kelapangan. Kadang 2 cemburu melihat kelapangan orang lain.. sedangkan aku dihambat dengan tugasan dan date line. Tapi tiada yang paksa..kehendak sendiri ..kan? Sehari dua ni sekolah sibuk dengan sukan, pagi dan petang ke sekolah? di mana ruang untuk aku menyiapkan tugasan... ternyata aku terpaksa mengorbankan masa rehat dan tidur aku.. Bila kita tidak cukup tidur dan rehat, maka wujudlah stress dan akhirnya muda didatangi sakit...
Sokongan dari orang2 yang terhampir amat diperlukan... itulah situasi pelajar orang seperti aku. Belajar dan bekerja. Bukan aku sorang...ramai lagi..dan aku pasti melalui situasi yang sama seperti aku. Perjuangan ini untuk memartabatkan bangsa dan agama.. tapi ada yang memandang sinis dengan mengeluarkan persoalan what for u do this? for What?. Bukan semua orang sanggup melaluinya lebih2 lagi bila mengetahui ada Master gaji tak bertambah. Buat Master keluar kos sendiri yang banyak dan bla.bla.. Tapi bagi aku untuk kepuasan dan memenuhi cita-cita... rezki datang kemudian. Yang penting kita arif apa yang orang lain tak arif...
dan tolong mengarifkan...

Wednesday, March 10, 2010

Kontroversi dan gossip .

Aku heran dengan hobi manusia ni suka benar membuat kontroversi dan menimbulkan gossip. Aneh dan pelik. Tidak pernah ke terfikir pada satu keamanan dan kedamaian. Cubalah kita pandang wajah kawan kita dengan satu pandangan yang penuh dengan kebaikan. Hindarilah diri kita dan hati kita dari memandang keburukan dan kejahatan. Kadang aku suka juga memerhati sifat dan sikat manusia yang suka mencungkil keburukan dan menyebar keburukan kepada orang lain. Baginya satu kepuasan sekiranya keburukan itu menjadi topik perbualan dan perbincangan dan di sertai dengan ulasan2 dari satu sudut pandangan negatif sahaja. Dia juga sanggup mengeluarkan bil telefon sana dan sini semata2 untuk dapat bahan yang berbaur negatif untuk dbicarakan. Tak puas satu sumber ke satu sumber untuk mendapat bahan itu. Bahan yang positif diolah dan diadun semula supaya ianya berbunyi sesuatu teruk... dahsyat...memalukan..
Wahai insan...yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral seperti ini... hentikanlah.. jadilah seorang yang lebih positif..byk lagi masa dan tenaga di perlukan untuk sesuatu kebaikan..

Tuesday, February 23, 2010

PHD yang ku Impikan

Melewati hari2 yang penuh dengan kesibukan membuatkan aku tidak sedar bahawa masa begitu cepat berlalu. Aku mesti struggle untuk menamatkan master aku dengan cemerlang. Bukan sijil yang aku utamakan tetapi pengetahuan dan kemahiran yang aku dambakan. Master tidak memberi apa2 impak pada gaji aku tapi ianya memberi impak yang besar pada diriku. Semester ini adalah semester terakhir bagi subjek yang perlu aku menghadiri kelas. Selepas ini menumpukan pada kajian dan perlu berjumpa penyelia sahaja. Aku rasa masih belum puas belajar sudah nak habis.. terlalu sekejap rasanya. Aku mula terfikir selepas ini. Hajat untuk belajar masih menebal dan berkobar-kobar cuma aku menanti Green light dari big bos.. Mr Hashimme (My hubby) la.. Teringin sekali aku belajar ke peringkat PHD dan berjaya memiliki PHD... Itulah impian aku berada pada tahap itu. Sebenarnya ilmu itu umpama air laut, tak pernah habis dan berkurangan. Andainya aku ada kesempatan insyaallah aku akan memiliki apa yang aku impikan. Tidak pada waktu terdekat satu hari ?? . insyaallah..

Saturday, February 6, 2010

Weekend dan Hari biasa.

Pada aku tiada bezanya antara weekend dan hari biasa. Kehidupan aku di penuhi dengan dateline yang perlu dikejar dan dibereskan. Saban hari mengira tugasan yang perlu disiapkan. Perkara-perkara yang perlu didahulukan didahulukan, perkara yang boleh ditangguhkan ditangguhkan dahulu. Dalam kesibukan itu kadang2 lupa pada kepentingan diri. Semalam sebelum datang kelas ke utm aku membuka boot belakang kereta aku, aku dapati ada beberapa pasang kain yang telah dibeli, tapi belum berjahit. Baru aku terfikir sepanjang 2009 dan 2010 ni aku tak buat baju baru pun. Niat tu ada itu pasallah aku beli kain, tapi masa untuk pergi kekedainya tak berkesempatan dan itu mungkin bukan satu perkara yang amat penting buat aku. Rasanya kain2 tu dah ketinggalan zaman dah. Aku rasa tak semua orang sanggup menempuhi kehidupan seperti aku. Kesibukan juga melupakan aku untuk melayan emosi. Pada aku masa itu amat berharga. Kadang2 bila aku mendengar topik perbualan dari kawan2 yang remeh dan emosi aku akan meninggalkan perbualan itu kerana pada aku banyak lagi perkara penting yang perlu dilakukan. Itulah situasi aku kini ... tidak sempat berbual kosong lagi. Tempat mereleas tension kat fb dan blog je lah..Satu hari aku akan memiliki kehidupan yang normal seperti orang lain. Namun begitu kehidupan aku sekarang ni amat bererti buat aku.

Saturday, January 30, 2010

SEPI...

Tika ku sendiri jalani malam sunyi
Angin malam menyapa aku dengan penuh kesayuan
Ku hanya bisa sahut dengan dekapkan badan
Pertanda ku dengarkan seru tegurnya

Langkah kaki tetap terirama pelan
Biar sang angin tidak terlalu keras tegurannya
Karena ku takut tubuh ku kalah
Terkapar lemas tak bisa lakukan apa-apa

Dalam langkah ku nikmati malam ini
Walau sendiri ku berjalan tetap senyum

sepi terus membahana di jiwa
Tiada seorangpun dengarkannya
Tangisan penuhi hati nuraniku
Tiba-tiba nuraniku berbisik sayu...
Semua telah lupa akan keberadaanmu.

Friday, January 22, 2010

Tajuk Kajian....

Peranan Pengetua/ gurubesar dalam mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.

Saya rasa inilah tajuk tesis yang bakal aku buat nanti. Dalam mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan seorang pengetua/gurubesar itu dianggap sebagai fasilitator perubahan iaitu merubah satu system yang tradisional kepada system digital ini. Dengan itu kajian mengenai perkara2 dibawah dapat membantu kearah menjawabnya persoalan kajian saya ini.

1. Peranan Pemimpin sebagai fasilitator perubahan.
 Dari segi membangun dan susun atur organisasi yang suportif.
 Menjalankan latihan yang berpusat.
 Menilai dan memantau secara berterusan.
 Menyedia konsultasi dan penguatkuasaan

2. Gaya fasilitator perubahan
 Sebagai perangsang (Initiator)
 Pengurus (Manager)
 Pemaklum( Responder)

3. Penggunaan ICT dalam pengurusan dan Kepimpinan pendidikan
 Infrastruktur ICT spt penyediaan peralatan ICT dan internet di kawasan sekolah.
 Pemantauan berkomputer (Computer Surveillance)
 Latihan ICT.
 ICT dalam komunikasi.
Kepada kenkawan semua apakah idea u all dengan tajuk saya.. sebenarnya tajuk ni belum mantap lagi dan entah berapa kali dah saya bertukar tajuk..kepala naik fening da...

Saturday, January 16, 2010

Apakah Yang Aku Impikan?

Hari ini aku tidak ada kelas di UTM so aku ambik kesempatan untuk mengemas kelas. Memandangkan kelas aku agak comot dengan kesan tampalan sana sini so aku mengambil keputusan untuk cat. Dari pagi aku mengecat bahagian depan. Setelah selesai mengecat aku melaminating bahan2 yang telah aku cetak dan mendekorasinya sikit..sudah lama aku tak melakukan kerja2 menghias kelas ni... tapi sebenarnya aku minat kerja2 begini... masih aku ingat pada tahun 2003, ketika itu aku berada di SK Rompin dan aku sebagai penyelaras PSS. Ketika itu PSS aku mendapat anugerah Pusat Sumber Terbaik peringkat negeri. Dapat 5 bintang.PSS aku ketika itu memang cantik la (orang kata) termasuk nazir dan pegawai PSPN yang mengiktiraf di samping sistem pengurusan maklumat yang baik ketika itu. Masa tu, macam2 aku buat dan menjadikan aku seorang workholic. Lalu di sedarkan oleh suami aku supaya memikirkan soal masa depan aku iaitu menyambung belajar. Lalu demi mereleaskan tugasan aku sebagai penyelaras PSS aku membuat satu penghijrahan iaitu bertukar ke SK Janglau. Semasa di SKJ aku bermula era bekerja dan belajar. Namun aku tempuhi dengan sebaiknya. Sehinggalah aku memangku jawatan sebagai GPK di sana. Bila fikirkan unik perjalanan kerjaya aku. Kini aku guru biasa pulak dan tak mungkin aku memegang jawatan sebagai GPK Lagi memandangkan aku sudah berada di gred DG 41 bermula 2008. Apakah perjalanan seterusnya aku? kini aku guru tahun 1. Apa pun aku dan dimana pun kedudukan aku..aku pasti lakukan yang terbaik...Namun aku masih belum mengapai apa yang aku inginkan...insyaallah one day...mungkin inilah jalan untuk aku mencapai...

Wednesday, January 13, 2010

membina web.

Hampir 2 minggu aku berada disekolah baru. Aku cuba berbakti kepada sekolah baru aku.Aku ingin berkongsi sebenarnya apa yang aku ada tidak lebih dari itu. Langkah yang aku ambil ialah membina website sekolah. walaupun tak seberapa namun mendapat sokongan yang padu dari GB aku. Website ini masih baru dan pengisiannya pun tak seberapa. Kalau rakan2 berminat melihatnya untuk berkongsi idea bolehlah melawat http://skkampungkolam.webs.com. Segala sokongan,pandangan dan idea amat diharapkan.

Tuesday, December 29, 2009

Meeting dan persiapan bagi sessi persekolahan 2010



Beberapa hari lagi sessi persekolahan 2010 akan bermula. Bahangnya dapat dirasakan oleh semua orang. Pagi tadi, sebelum ke sekolah aku pergi ke satu gerai yang berhampiran dengan rumah aku untuk membeli sarapan. Lalu di sapa oleh makcik yang menjual.. " ha cikgu dah mula sibuk dah yek.. mm cikgu zaman sekarang tak macam guru zaman dulu. Makcik tengok cikgu-cikgu sekarang pegi pagi balik petang! petang bukan ngajar dah cikgu, apa kerja buat lagi cikgu ...". Begitulah situasinya dek kerana nak cepat aku pun membalasnya.." macam2 kerja la makcik nak kena buat. Kalau tak buat hati tak senang. Balik awal ke rumah pun hati duk risau..baik buat siap2. balik malam dah tentu boleh tido lena.."
Aku dan rakan-rakan setugas cuba sedaya mungkin membuat persediaan yang rapi dan teratur supaya hari pertama tu lebih meriah dan memotivasi pelajar ke sekolah, terutama pelajar yang baru menempuhi alam persekolahan. Walaupun sekolah ni baru bagi aku, aku bersyukur kerana cikgu2 di sini dapat menerima aku dengan baik dan tak timbul masaalah untuk bekerja secara teamwork.
Lebih unik lagi team guru2 tahun satu ni terdiri daripada golongan yang dah veteran spt mak nani yang ada 2 tahun menunggu pencen, kak Ani ARZ dan aku sendiri. Tapi aku kagum jugak dengan semangat mereka yang bertungkus lumus dan sudi menerima inovasi walaupun versi lama. Kiranya update la..( jgn mare) . Semalam kami plan untuk buat ice breaking untuk tahun 1 dan kerjasama, tolenrasi, kesungguhan menyebabkan rasa bersemangat..

Saturday, December 26, 2009

Cuti sekolah sudah ke penghujungnya..

anak ku dah besar ....

aduh..segalanya akan berakhir.. mm sesi lepak depan TV.. masak memasak dan makan memakan semuanya akan berakhir. Maksud aku tak semeriah musim cuti la..mulai minggu depan 28/12/09 kena menghadiri mesyuarat 1 sessi 2010. Berdebar rasanya..maalumlah sekolah baru. Bagaimana yek.suasana yang baru..kawan baru..murid baru.. ohh..kena melalui minggu orientasi yang intensif la nampak gayanya... Tapi aku rasa ada sedikit persediaan mental untuk ke situ..ha azam mesti baru..

Segala persediaan untuk sekolah anak2 dah siap.. pada minggu lepas aku dah keluar shopping untuk mereka... biar mereka semangat sedikit menghadapi tahun baru yeah... 2010 ku sambut!.. itulah ayat-ayat yang selau keluar. kononnya boleh menaikkan semangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...