Monday, November 29, 2010
BERTEMU KEMBALI..
Posted by Naa..a at 2:06 AMSaturday, October 30, 2010
koleksi youtube ..cikgu2
Posted by Naa..a at 3:19 AMpengajaran kolaboratif
pengajaran guru jqaf
ustazah mengajar
ustaz dan ustazah nyanyi.
Thursday, October 21, 2010
Makluman buat penyelaras j-qaf.
Posted by Naa..a at 6:54 PMKepada penyelaras j-qaf sekolah-sekolah di daerah Rompin, anda di minta mengisi data-data j-QAF 6 bulan kedua dengan berhati-hati. Sekiranya anda telah mengisi dengan menggunakan versi yang lama anda boleh hanya dengan mengup date kan sahaja. tak perlu taip baru..senang dan mudah sahaja. Pada 26 hb Oktober satu taklimat ringkas akan di adakan di PKG Muadzam shah. Di samping taklimat berkenaan e Plaporan terdapat juga beberapa maklumat penting yang lain yang akan disampaikan.. Untuk itu anda boleh download eplaporan yang terkini klik je !!! di sini.
Sunday, September 5, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Posted by Naa..a at 6:55 PMTuesday, July 27, 2010
Cukup Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang.
Posted by Naa..a at 8:31 PMSemenjak dua menjak ni rasa lapang sikit harian aku. Sessi program sarjana aku pun sudah dipenghujung dah. Tinggal satu subjek je lagi di samping menyiapkan penulisan thesis aku. Biasalah guru sekolah rendah seperti aku ni pukul 1.30 tghari sudah boleh berada dirumah. Kalau ada KOkurikulum pun bila waktu dah petang. Ahh itu anggap sahaja satu rekreasi. Aku dapat menyusun balik jadual harian aku tanpa rasa tekanan dan kongkongan. Ketika bersama anak-anak baru kurasakan betapa syoknya...setiap hari sekembali dari sekolah aku akan masak makan tengahari dengan masakan kegemaran mereka. waktu petang sempat bersantai dengan mereka dan terasa indahnya... Banyak aktiviti2 yang kurang penting aku kurangkan. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku mengutamakan keluarga aku..
Saturday, June 5, 2010
MTQSS - Universiti Malaysia Terengganu 2010
Posted by Naa..a at 2:08 AM
Pada 31 Mei hingga 3 jun telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang gilang gemilang. Padaku program ini adalah satu program yang amat baik untuk pembangunan pelajar. Ia merupakan satu program tradisi.. dan amat unik. Pengalaman 3 hari aku mengikuti program ini, aku dapati ada simbolik yang mendalam. Sebelum ini aku pernah juga mengikuti perkhemahan bersepadu peringkat kebangsaan tetapi programnya amat berbeza sekali. Program ini tidak lasak dari fizikal tetapi mempunyai ketahanan dari segi mental. Aku kagum dengan anak2 berusia 9 tahun berani berhadapan dengan cabaran yang diberikan untuk menghafaz al-quran, cerita dan membaca alquran dengan baik. Pada aku sekiranya aktiviti harian pelajar diisi dengan aktiviti seperti ini, maka mereka tidak akan mempunyai masa untuk aktiviti lain yang membuang masa dan membawa keburukan,
Kemelesetan ekonomi tidak boleh dijadikan alasan untuk meniadakan program ini. Kemenangan bukan objektif utama bagi program ini. Tapi proses pembentukan dan kelahiran peserta yang mempunyai daya tahan, berdisiplin, komitmen dan jadi diri menjadi fokus kita. Kemenangan hanya satu bentuk pengukuran yang subjektif dan kesahan masih boleh diragukan namun begitu keberhasilan dari segi tingkahlaku, pemikiran dan emosi peserta adalah pengukuran yang sebenar. Di sekolah peserta-peserta yang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan ini mesti mempunyai kelainan dari segi kognitif, afektif dan psikomotornya.
Selama 3 hari bersama dengan peserta2 perempuan dari kontijen pahang ini saya membuat pemerhatian, dan mereka menunjukkan sikap yang positif dan jati diri yang tinggi. Pada saya secara tidak langsung proses program ini melahirkan mereka begini. sekian wallahu waalam.
Friday, May 28, 2010
Rasa bertanggungjawab
Posted by Naa..a at 6:48 AMSudah lama aku tak berkesempatan menulis blog ini. Tadi setelah aku membuka blog ni, aku baca 2 komen yang matang dari Pakcik Almanar dan Cikgu Wahab. Baru aku ingat aku terlupa untuk wish Happy Teacher's day untuk kedua insan ini.. Terharu sangat..sebenarnya akibat terlalu sibuk, dan tak baca dan buka blog.
Berbalik kepada komentar Pakcik Almanar dalam blog aku bagi posting dibawah amat bererti buat aku memahami dan mengerti apa yang tersirat. Sekali lagi aku terpanggil untuk menulis tentang rasa bertanggungjawab. Masih lagi berkisar tentang kerjaya aku sebagai guru.
Kalau ALLAH panjangkan umur aku masih mempunyai 18 tahun untuk mengharungi dan melalui routine sebagai guru. Kalau dulu aku sering melihat nenek dan ayah aku mengajar anak2 kat kampung secara percuma setiap hari, tanpa terdengar rungutan dan keluhan. Malah itulah routine hariannya selepas waktu tengahari hingga ke petang dan bersambung malam. Di wajahnya terpancar kepuasan dengan apa yang dicurahkan. Hasilnya aku lihat anak-anak cucunya di beri keberkatan dan alhamdulillah boleh dikatakan menjadi. Itulah balasan Allah.
Aku juga pernah terfikir tentang anak-anak seorang kenalan aku, walaupun belajar tanpa tusyen tapi sering mendapat keputusan periksa yang cemerlang dan hampir kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa rahsianya? aku lihat dia suka mengajar anak2 jiran2 dan orang sekelilingnya mengaji secara percuma. Walaupun dia seorang guru di sekolah Menengah balik hampir petang, tapi masih sempat mengajar Al- Quran pada waktu malamnya tanpa mengharap bayaran. Bila aku tanya dia menjawab ayah dan nenek kita dulu pun buat macam ni.. itulah jariah katanya. kita tidak ada duit tapi kita ada ilmu..gunakan.
Rasa kebertanggungjawab ini lahir dari hati yang ikhlas. Mengikhlaskan diri tanpa terdetik unsur2 riak, takabur dan keterpaksaan memanglah suatu yang susah. Namun kita cuba mendidik diri. Tengok bangsa kita dan agama kita yang dicemari dan runtuh perlahan-lahan. Adakah kerana tidak ada rasa bertanggungjawab dari insan seperti kita. Nauzubillahi min zalik.
Wednesday, May 12, 2010
Kesal lah?
Posted by Naa..a at 6:01 AMsudah 17 tahun aku bergelar guru dan aku bangga dan gembira sebagai guru.Dalam masa 17 tahun aku bergelumang dengan kanak-kanak yang kadang2 mengharap perhatian, kadang2 mengharap belaian manja dan kadang2 minta dibelai. Tapi aku merasa puas dan senang hati apabila aku kenangkan. Aku berjaya menjadikannya orang. Walaupun setengah padanya bukanlah berjawatan besar tetapi dia dapat survive hidupnya dengan sempurna itu satu kejayaan buat aku. Aku bangga dengan mereka.
Hari ini aku ada berjumpa dengan seorang member..dia ni bisnesswoman lah kiranya. Aku tahu dia seorang usahawan yang berjaya, berkereta besar berpakaian berjenama, berprestij la katakan. Aku turut berbangga dengannya,, sekarang dia sibuk dengan jualan langsungnya.Dia memberitahu aku takkan kaya dengan makan gaji ni,,, dan dia mempersoalkan beberapa tahun kerja pun gaji macam tu jgk. lebih baik le you buat jualan macam i bla..bla..bla.. Saya just mendengar jelah, biasalah orang berkempen. Apa yang menarik perhatian apabila dia menceritakan orang tu jadi millionaire..orang ni jadi millionaire dalam masa yang sekejap je... kalau jadi cikgu kiamat pun tak merasa ..dia kata pada saya..
Tanpa saya sedari tiba-tiba mulut saya terkeluar juga.. bunyinya " akak, saya tak pernah bercita-cita untuk menjadi billionaire atau millionaire ni.. pada saya ada rezki untuk makan dan pakai anak2 saya dah memadai. Tapi saya menjadi cikgu saya bercita-cita utk melihat anak2 murid terutama islam macam saya ni sempurna hidupnya. Sekurang2nya bila saya mati selagi ilmu yang saya sampai mereka guna saya akan dapat sahamnya.
Entahlah saya emosi atau tidak. Pada saya tak salah nak berkempen tapi janganlah merendah2kan martabat orang.. tak semua manusia di dunia ini memandangkan kepada duit semata2. Ada benda yang lebih bernilai dari duit dalam hidup kita. Selagi ada sifat tamak dalam diri selagi itu kita tidak sempat menikmati nikmat yang Allah beri.
Mempercayai pada satu takdir dan berharap dengan takdir yang Allah beri adalah terbaik buat kita. Allah tidak pernah silap dalam perhitungannye..
Friday, April 2, 2010
siii book...
Posted by Naa..a at 9:29 PMTelah lama aku tidak menulis diruangan ini. Akibat kekalutan dengan tugasan study , kerjaya dan private life aku menyebabkan ruangan ini terabai. Begitulah kehidupan kadang2 priority yang di fikirkan. Aku tahu walaupun ruangan ini sepi tapi masih ada pengunjung2 setia yang sudi singgah di sini. Terimakasih...Bila diri terasa sunyi dan sepi pasti ruangan ini dicari. Membaca ruangan rakan2 blog yg constantly menulis ... tapi tak semua juga aku sempat... Bila sibuk sebegini apa yang aku fikirkan kelapangan. Kadang 2 cemburu melihat kelapangan orang lain.. sedangkan aku dihambat dengan tugasan dan date line. Tapi tiada yang paksa..kehendak sendiri ..kan? Sehari dua ni sekolah sibuk dengan sukan, pagi dan petang ke sekolah? di mana ruang untuk aku menyiapkan tugasan... ternyata aku terpaksa mengorbankan masa rehat dan tidur aku.. Bila kita tidak cukup tidur dan rehat, maka wujudlah stress dan akhirnya muda didatangi sakit...
Sokongan dari orang2 yang terhampir amat diperlukan... itulah situasi pelajar orang seperti aku. Belajar dan bekerja. Bukan aku sorang...ramai lagi..dan aku pasti melalui situasi yang sama seperti aku. Perjuangan ini untuk memartabatkan bangsa dan agama.. tapi ada yang memandang sinis dengan mengeluarkan persoalan what for u do this? for What?. Bukan semua orang sanggup melaluinya lebih2 lagi bila mengetahui ada Master gaji tak bertambah. Buat Master keluar kos sendiri yang banyak dan bla.bla.. Tapi bagi aku untuk kepuasan dan memenuhi cita-cita... rezki datang kemudian. Yang penting kita arif apa yang orang lain tak arif...
dan tolong mengarifkan...
Wednesday, March 10, 2010
Kontroversi dan gossip .
Posted by Naa..a at 6:44 PMAku heran dengan hobi manusia ni suka benar membuat kontroversi dan menimbulkan gossip. Aneh dan pelik. Tidak pernah ke terfikir pada satu keamanan dan kedamaian. Cubalah kita pandang wajah kawan kita dengan satu pandangan yang penuh dengan kebaikan. Hindarilah diri kita dan hati kita dari memandang keburukan dan kejahatan. Kadang aku suka juga memerhati sifat dan sikat manusia yang suka mencungkil keburukan dan menyebar keburukan kepada orang lain. Baginya satu kepuasan sekiranya keburukan itu menjadi topik perbualan dan perbincangan dan di sertai dengan ulasan2 dari satu sudut pandangan negatif sahaja. Dia juga sanggup mengeluarkan bil telefon sana dan sini semata2 untuk dapat bahan yang berbaur negatif untuk dbicarakan. Tak puas satu sumber ke satu sumber untuk mendapat bahan itu. Bahan yang positif diolah dan diadun semula supaya ianya berbunyi sesuatu teruk... dahsyat...memalukan..
Wahai insan...yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral seperti ini... hentikanlah.. jadilah seorang yang lebih positif..byk lagi masa dan tenaga di perlukan untuk sesuatu kebaikan..
Tuesday, February 23, 2010
PHD yang ku Impikan
Posted by Naa..a at 6:24 PMMelewati hari2 yang penuh dengan kesibukan membuatkan aku tidak sedar bahawa masa begitu cepat berlalu. Aku mesti struggle untuk menamatkan master aku dengan cemerlang. Bukan sijil yang aku utamakan tetapi pengetahuan dan kemahiran yang aku dambakan. Master tidak memberi apa2 impak pada gaji aku tapi ianya memberi impak yang besar pada diriku. Semester ini adalah semester terakhir bagi subjek yang perlu aku menghadiri kelas. Selepas ini menumpukan pada kajian dan perlu berjumpa penyelia sahaja. Aku rasa masih belum puas belajar sudah nak habis.. terlalu sekejap rasanya. Aku mula terfikir selepas ini. Hajat untuk belajar masih menebal dan berkobar-kobar cuma aku menanti Green light dari big bos.. Mr Hashimme (My hubby) la.. Teringin sekali aku belajar ke peringkat PHD dan berjaya memiliki PHD... Itulah impian aku berada pada tahap itu. Sebenarnya ilmu itu umpama air laut, tak pernah habis dan berkurangan. Andainya aku ada kesempatan insyaallah aku akan memiliki apa yang aku impikan. Tidak pada waktu terdekat satu hari ?? . insyaallah..



