Saturday, November 21, 2009

perpindahan yang tak dijangkakan

Setelah menerima surat perpindahan tempat bertugas tu, suasana menjadi hingar bingar. Ada yang sedih. Kebanyakkannya sedihlah. Pelbagai persepsi ada yang mengandaikan GB tak suka kepadanya dan mencadangkannya dikeluarkan. Ada juga yang mengandaikan pihak PPD saja nak menyusahkan guru2 yang dah selesa dengan tempat sekarang. Macam2 lagi andainya. Melalui sumber aku dapati perpindahan dah pertukaran dilakukan terhadap guru2 yang dah lama di sesebuah tempat. Contohnya aku dah 6 Tahun di SKJ harus dipindahkan. Kawan aku Anizai dari SK Leban Chondong juga di tukarkan ke SK Pontian dan ramai lagi. Setahu aku di area Muadzam Shah juga ramai yang terlibat dengan pertukaran pada tahun ini. Seorang kawan aku( k.Imah) yang telah di tukarkan ke SKJ juga nampaknya mengikut GB lamanya. Tapi tup! tup! k.Imah yang selama ini KIV untuk pindah ke Jerantut bertukar fikiran dan meneruskan hajat berpindah ke Jerantut dan lebih rela berjauhan dari hubbynya dari bertugas di SKJ. hu.hu.hu. siapalah intan terpilih yang bakal ke SKJ mengantikan tempat aku dan tempat K.imah yang mengubah haluannya itu.

1 comments:

mantan said...

Kalau tujuan pertukaran itu untuk peningkatan dan kemajuan, perlu disokong.

Tetapi jika tujuannya tidak jelas dan banyak menimbulkan masaalah yang akan mengurangkan produktiviti, tidak ada maknalah pertukaran itu.

Sesuatu perubahan, akhirnya diharapkan memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat, meskipun sukar dicapai.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...