Thursday, November 26, 2009

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA..


SELAMAT EIDULADHA BUAT SEMUA TEMAN DAN SANAK SAUDARA...SEMUA

Nampaknya eidul adha pada tahun ini aku berada di Rompin aje.. memandangkan suamiku terlibat dengan mengawas peperiksaan dan selepas raya pulak ada mesyuarat penandaan kertas periksa. Kalau balik kelantan dibimbangi banjir dan tak lepas balik pulak. Maka disinilah kami anak-beranak. ha.. itu pun namanya korban kan? Sebagaimana biasa adalah sedikit persediaan untuk menyambut hariraya. Masak la juga ketupat dan rendang. Lain2 tu masak panaslah. Biasanya aku suka bila tamu datang tu.. masak mee ke mihun ke panas2 camtu. Hanya prepare bahan2 yang siap potong je... bila dengar tamu nak sampai barulah capai semua2. Sebab cara tu lebih fresh la. Kat freezer tu simpanlah semua2 yang instant jugak. hi.hi.

1 comments:

aliza said...

Selamat Menyambut Hari Raya Idil Adha.
Moga segala pergorbanan yang dilakukan beroleh keberkatan daripada Allah.

Semoga dipermudahkan Allah segala urusan kita. Dah tunaikan haji ke? Tahun ni k.Aida dan A.Din berada diMekah. Mereka pergi bersama2 mak a.Din. Kami pula entah bila, susah nak merancang bila berada jauh dr tanahair.

Eid Mubarak. Kullu 'aam wa antum bi alf khair.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...