Sunday, November 8, 2009

kenapa agensi perkhidmatan awam tak sebagus celcom atau bank2 dimalaysia?

Kenapa persoalan ini yang saya kemukakan. mmm nak kata bengang tak lah sangat tapi hangat hati ada la...Sebenarnya sudah lama kat website spp menyatakan bahawa surat tawaran telah dikeluarkan semenjak 19/6/2009 lagi. Tapi hingga kini aku tak dapat surat tu. Apa yang membimbangkan bila seorang kawan aku contact kpm tanya surat dia kata kawan aku punya rekod perkhidmatan tak disertakan. Heran juga bukanke kalau tak lengkap tak lepas utk interview. Lalu hari ini aku cuba contact juga manalah tau kut2 ada masalah. Amat mengecewakan contact sppp, spp kata contact KPM. Contact KPM, sumber manusia sana kata tak tahu, beri no telefon, contact lagi... sini kata tak tau... semua yang dicontact semuanya kata tak tahu. Ada yang mendukacita lagi menjawab mmm surat puan tu posmen salah letak kut. oh... how stupidnyee..
Lalu aku mengambil keputusan contact JPNP, keadaan sama juga. Tanya unit perkhidmatan tak tahu, tanya unit kenaikan pangkat tak tahu, tanya unit sekolah rendah tak tahu... semua tak tahu... ada yang jawab pegawai keluar minum. pukul 9.00 pagi dah minum? pukul 10.00 minum lagi.. itukah pegawai kerajaan? Apa yang mereka tahu? Bila guru2 complaint kat suratkhabar, tv3 baru tau.. oo. semua tahu. Agaknya suratkhabar la tempat sesuai untuk memberitahu kepada pegawai2 kerajaan ni...Cubalah bandingkan dengan perkhidmatan celcom dan bank2 di malaysia. one call semua problem settle. one touch almost completely. Itulah pengurusan yang perlu di pertingkatakan. Adakah sikap pegawai JPN Yang asalnya seorang guru berbudaya kerja begitu? Selama ni persepsi saya pegawai2 JPN ni org yang terpilih layak dari kalangan guru untuk mengurus. Kalau begitu adanya jangan lah salahkan golongan guru di sekolah..ok think about it.

5 comments:

Faris said...

Cikgu Rosnah,
Jika surat tawaran perlantikan telah dikeluarkan oleh SPP, itu bermakna ia telah sampai ke Bhg Peng Sumber Manusia (BPSM), KPM. Sepatutnya semua salinan dokumen yang dibawa dan salinan sewaktu temuduga, dihantar sendiri ke BPSM, KPM juga. Klu x ada di BPSM, mmg lmbtlah.
Jika everything dh settle, maknanya surat tu BPSM dh hantar ke JPN. JPN lah pulak yg lembab buat keje. Utk di BPSM, cuba contact Cik Rosaliza sebab dia yg uruskan penempatan guru PJJ. Klu contact org yang tak berkaitan, mmg ditendang mcm bola.

Anonymous said...

SALAM..
nih masalah yang saya hadapi ketika berurusan dengan jpn.. hantar brg tukar secara manual 2 bulan terperuk kat jpn. bila tanya putrajaya tak sampai pun surat cikgu..bila kata nak ngadu ngan pengarah baru terkocoh2 nak buat. buku rekod perkhidmatan pun dia kata jpn lama tak hantar. bila mak saudara check( nasib baik kerja kat jpn) belum update... patut lah kata jpn lama tak hantar..hehhehheh :) entahlah...

mantan said...

Begitulah selamanya, Itu juga saya alamai ketika berurusan dengan sebuah agensi kerjaan berkaitan kemudahan awam. Perkara tu patu boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan, mengambil masa dua tahun!. Pertama kali saya membuat susulan,(selepas setahun) jawapannya tak tahu di mana borang yang saya kemukakan, padahal saya hantar sendiri 'by hand kepada 'pegawai' berkenaan. Telefon sana, telefon sini, akhirnya saya dikehendaki isi borang sekali lagi". Beberapa kali ke pejabat berkenaan, jawapannya 'belum siap".

Inilah dia "Perkhidmatan Awam" .....

Anonymous said...

Sepatutnya tak payah contact sana-sini. Dah jadi budaya dah tu. Tak contact , nanti dulu, tak perlu buat lagi.
Kalau semua jalankan tugas, benda tu cepat siap. Alasan banyak kerja tu tak boleh terima dah.
Kadang-kadang ada yang memang tak perihatin. Sikap 'aku apa peduli, bukan masalah aku" memang menebal.
Kurang kemanusiaannya... Apa nak susah-susah, akhir bulan gaji dapat juga,..Tiap tahun, gaji naik juga. Apa peduli dengan orang lain...

Anonymous said...

betul lah tu..tetapi cikgu2 semua kena memahami benar-benar proses didalam sesuatu hal. Jika faham proses maka lebih senang untuk kita membuat pengenalpastian dimana silap atau sangkutnya permohonan kita tu.
Tidak dpt dinafikan biasanya JPN memang kena hantar apa-apa ke BPSM terlebih dahulu. Biasanya terperap di JPN ni perkara biasa..sebab tu kita kena rajin followup.
Pegawai2 JPN memang sibuk, kdg2 dia org tak sempat nak uruskan sesuatu perkara itu dan tertangguh berbuplan2. Tpi kalau pegawai tu cekap memang cepat...Biasanya dia org ni bekas guru yang jadi pegawai..so dia org dah terbiasa budaya menangguh kerja dalam sekolah..semua buat last minit, mcm jugak tanda buku murid.
Jadi kalau JPN dah hantar tanya JPN apa number rujukan surat hantar ke BPSM, KPM. Bila agak2 surat dah sampai BPSM, followup BPSM dengan surat tu. Kalau boleh dtg jumpa di putrajaya..percayalah..BPSM pegawai2nya memang best dan tak sombong. Jangan dengar kata2 orang pasal BPSM. Saya masa dulu ingatkan susah dan sombong pegawai2 disana, tetapi cukup meleser sebab dia org ni sangat baik dan begitu ramah sekali. Bila dah jumpa memang pegawai berkaitan urusan saya selesai dan cukup mudah sekali..cubalah kalau tak percaya

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...