Friday, November 27, 2009

MAAHAD MUHAMMADI(p) 20 TAHUN DAHULU.

Inilah wajah MMP pada tahun 1989. Tatkala banjir. Pada masa ini aku menduduki exam SPM. (ha..ni zaman muda2 dolu la..)Oleh kerana air bah mencecah paras pinggang dan keadaan berbahaya pada masa itu peperiksaan ditunda. Namun kami sempat juga menduduki peperiksaan dalam air. Dimana sebahagian badan berada dalam air. peperiksaan diteruskan. Oleh kerana sekolah MMP ni hampir terselam maka pusat peperiksaan di pindahkan ke zainab's school. Apalah yang kami mengerti ketika itu. Namun begitu bah tidak menghalang semangat kami. Berkat doa guru-guru kami yang penuh keikhlasan maka pada tahun tersebut seramai 150 ++ berjaya mendapat gred 1 dalam SPM.

Apa yang menjadi kenangan. (Cuba cari mana se aku nye...) Walaupun dalam darurat pada masa tu, kami ni kiranya budak-budak nakal kat MMP pada tahun tu, wpun warden beri amaran jangan bermain air. (kami tak boleh balik kampung) semua jalan putus masa tu. Makan makanan bantuan banjir ... sardin dan biskut tawar. Ha kami sempat bermain air. Ni di hadapan padang asrama sekolah kami la ni...(air macam teh susu ) tapi belasah jugak.
Masa periksa tunda sepatutnya study.. tapi bukan main happy main air. Ni kat atas tangga bangunan asrama lama hadapan surau. Nasib baik exam excellent kalau kantoi... dah tentu salahkan air bah.. hi.hi. ada yang termenung.. tapi ada yang happy semacam.
Gambar ni tatkala air bah dah surut. MMM tengoklah bukan main galoknya kami bermain. Sedih tu hujan nak berhenti.. air dah surut. Inilah juga yang menjadi nostalgia bila musim banjir sebegini.ooh dimana kalian sekarang yek...Inilah wajah MMP ketika ini. Merupakan sebuah sekolah agama yang tertua di Negeri Kelantan. Melahirkan ramai srikandi bangsa dan negara. Sekarang baru aku tahu kenapa suatu ketika dahulu ayah aku beria-ia nak menghantar kami adik beradik ke sini. Walaupun ketika itu aku layak memasuki MRSM dan Sekolah Sains. Malah dah dapat surat tawaran pun.. Tapi akhirnya aku memenuhi hasrat ayah dan masuk sekolah ini. sekolah ini di bawah pengurusan YIK sepenuh ketika itu dan sukatan pelajaran juga sepenuhnya di bawah YIK. Namun sekolah ini merupakan sekolah yang berkesan. Pada masa itu pelajar yang keputusan penilaian darjah 5 nye 5A dan 4A sahaja dipilih ke sekolah ini. Kami menghadapi 17 subjek dan sebahagian besar dalam bahasa Arab. Setiap tahun bermula tingkatan 3 SRP kemudian tingkatan 4 SMU, tingkatan 5 SPM. Kalau tak berjaya masuk U sambung 6 bawah STU dan boleh ke timur tengah atau meneruskan STPM. Dalam era ict ni dapat juga aku berhubung dengan member2 lama menerusi face book amat membanggakan sebahagian besar pensyarah u, peguam, doktor , arkitek dan guru seperti aku. Namun aku tetap berbangga dengan diri aku jugak... ha.ha.

Buat teman2 inilah sedikit sebanyak nostalgia yang dapat aku kutip buat kali ini. gambar2 ni pun aku dapat menerusi facebook neng, zaiti, sharina dan Sakinah Salleh yang menjadi orang kuat ALLUMNI MMP kita.

2 comments:

aliza said...

Salam...detik itu akan sentiasa dikenang. hahaha gosok gigi dgn air bah yg macam teh susu pekat tu. Terpaksa juga sbb bekalan air dah terputus. Lepas tu makanan yg tawar semacam je, tak de garam..seksanya tapi disebabkan lapar telan juga.

Za juga sempat merasa berada di asrama masa tu sbb janji dgn ayah kalau banjir, za akan ke asrama Maahad. Silap perjanjian...org lain balik ke rumah terus dr rumah sewa. Tapi itulah ketentuan-Nya, dapat merasa pengalaman berada di asrama Maahad masa banjir.

Rosnah said...

haah.tulah pasal..ingat kita berasak2 naik truck polis gi peksa. masa blik jln kaki.masa tu nah hampir jatuh parit dalam. isyh.isyh.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...