Hampir 2 minggu aku berada disekolah baru. Aku cuba berbakti kepada sekolah baru aku.Aku ingin berkongsi sebenarnya apa yang aku ada tidak lebih dari itu. Langkah yang aku ambil ialah membina website sekolah. walaupun tak seberapa namun mendapat sokongan yang padu dari GB aku. Website ini masih baru dan pengisiannya pun tak seberapa. Kalau rakan2 berminat melihatnya untuk berkongsi idea bolehlah melawat http://skkampungkolam.webs.com. Segala sokongan,pandangan dan idea amat diharapkan.
Wednesday, January 13, 2010
Tuesday, December 29, 2009
Meeting dan persiapan bagi sessi persekolahan 2010
Posted by Naa..a at 1:35 AMAku dan rakan-rakan setugas cuba sedaya mungkin membuat persediaan yang rapi dan teratur supaya hari pertama tu lebih meriah dan memotivasi pelajar ke sekolah, terutama pelajar yang baru menempuhi alam persekolahan. Walaupun sekolah ni baru bagi aku, aku bersyukur kerana cikgu2 di sini dapat menerima aku dengan baik dan tak timbul masaalah untuk bekerja secara teamwork.
Lebih unik lagi team guru2 tahun satu ni terdiri daripada golongan yang dah veteran spt mak nani yang ada 2 tahun menunggu pencen, kak Ani ARZ dan aku sendiri. Tapi aku kagum jugak dengan semangat mereka yang bertungkus lumus dan sudi menerima inovasi walaupun versi lama. Kiranya update la..( jgn mare) . Semalam kami plan untuk buat ice breaking untuk tahun 1 dan kerjasama, tolenrasi, kesungguhan menyebabkan rasa bersemangat..
Saturday, December 26, 2009
Cuti sekolah sudah ke penghujungnya..
Posted by Naa..a at 1:36 AM anak ku dah besar ....

aduh..segalanya akan berakhir.. mm sesi lepak depan TV.. masak memasak dan makan memakan semuanya akan berakhir. Maksud aku tak semeriah musim cuti la..mulai minggu depan 28/12/09 kena menghadiri mesyuarat 1 sessi 2010. Berdebar rasanya..maalumlah sekolah baru. Bagaimana yek.suasana yang baru..kawan baru..murid baru.. ohh..kena melalui minggu orientasi yang intensif la nampak gayanya... Tapi aku rasa ada sedikit persediaan mental untuk ke situ..ha azam mesti baru..
Maahad Muhammdai (p) 89 9A? fuih... membanggakan!!!
Posted by Naa..a at 1:11 AMSemalam keputusan PMR diumumkan. rata-rata sekolah menunjukkan peningkatan. Banyak sekolah dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang 9A, 8A. Membanggakan.!!!. Tapi selaku bekas pelajar Maahad Muhammadi Lilbanat 1988 aku turut berbangga dengan anak-anak yang berjaya mendapat 9A. Aku dimaalumkan menerusi fan Maahad di Facebook semalam seramai 89 pelajar MMP mendapat 9A. ohh sukar aku bayangkan ...bagaimana kawan-kawan aku (sebab kebanyakan kawan aku mengajar di situ) mengajar anak muridnya jadi pandai macam tuh... tahniah ..aku rasa mereka menerusi tradisi mengajar ustaz2 aku dulu jugak. Entahlah, fenomena sekolah agama rakyat ni berbeza sedikit dengan sekolah menengah biasa ni. Sekolah agama seperti MMP ni banyak mengajar pelajarnya menjadi seorang mujahadah. Mereka tidak pernah dimanjakan.. mm kalau aku nak cerita pun agak susah kecuali melaluinya...
Friday, December 25, 2009
Kita datang darinya dan kembali kepadanya.
Posted by Naa..a at 2:19 AMKematian adalah suatu yang pasti tak ada seorang pun yang terkecuali. Allah tidak akan menangguhkan walaupun sesaat bila tiba masanya... Sebagai insan yang masih diberi kesempatan untuk hidup ini mengharap pengakhiran yang baik. Husnul Khatimah.
Aku sangat merasakan kehilangannya. Terlalu sukar untuk mencari sahabat yang baik dan jujur sepertinya. Ya Allah Cucurilah Rahmat ke atasnya.. dan tempatkanlah dirinya bersama para sahabat dan anbiya'. amin... buat keluarganya takhziah ku ucapkan. Semoga zuriat yang ditinggalkannya itu dilindungi dan menjadi insan yang soleh dan baik.
Wednesday, December 23, 2009
Mesyuarat Pengurusan PAI di Seri Malaysia Temerloh.
Posted by Naa..a at 4:12 PMBermula 22-23 hb Disember aku menghadiri Mesyuarat Pengurusan bagi PAI,j -QAF dan B,Arab. Biasalah musim hujan, Dengan menggunakan jalan pintas Bera - Temerloh jalannya yang sempit dan berlubang tu sudah cukup membuatkan leher dan belakang aku sakit ditambah pula sepanjang perjalanan tu hujan dan jalan licin. Pemanduan mesti dalam keadaan yang berwaspada dan berhati-hati.
Apa yang menarik lagi, bandar ikan patin ni, menyediakan menu ikan patin yang spesial. Kebanyakan gerai menyediakan hidangan ikan patin masak tempoyak nih..kunjung je mana-mana gerai atau restoran pasti ada hidangan ini. di temerloh ni sempatlah aku pekena beberapa kali ikan patin masak tempoyak nih. fuhh...rasanya sukar di lupakan. Hotel SERI MALAYSIA TEMERLOH juga menyediakan menu ikan patin masak tempoyak yang enak.,, mmm kredit buat chef Hotel Seri Malaysia Temerloh!!!. kerana buat aku kenyang..
Thursday, December 17, 2009
MAAL HIJRAH VS HAPPY NEW YEAR...
Posted by Naa..a at 4:24 PMPernah dan selalu dengarkan lagu ini? Sejak dari kecil lagi, walaupun setahun sekali berkumandang tak kiralah melalui tv atau radio sekalipun, yang pentingnya kita bukan sekadar perlu meliang lentukkan kepala mengikut akan lunak dan merdunya lagu ini, tetapi kita perlu liang dan lentukkan pemahaman kita akan pengertian lagu ini secara implisitnya. Terkesan daripada penghayatan tentang konsep hijrah dan pengalaman sendiri melaksanakan hijrah. Ada yang berjaya, ada yang tidak, ada yang pernah berjaya kemudian menjadi tidak berjaya.
Apa yang membuat saya terdorong untuk menulis topik ini kerana bila saya ke Pasar ada orang (islam) bertanya cuti apa hari ini? Betapa mereka tidak menyedari kehadiran maal hijrah ini. Kenapa ini terjadi? bila sambutan tahun baru semua orang menyedari. Di tv berbulan2 membuat promosi dan pelbagai event di sediakan untuk sambutan tahun baru masihi. Ibubapa membawa anak2 melalui detik2 yang di namakan countdown tahun baru tu. Kalau tak pun berjaga di depan TV semata2 nak menonton detik 12 malan di TV. Begitu juga semua pak2 menteri berada di dataran merdeka untuk mengira detik jam 12 malam bagi menyambut tahun baru. Pendekkata sungguh meriah.
Berapa ramaikah pula golongan yang menyedari kehadiran maal hijrah. Berapa ramaikah pula yang berjaga malam menunaikan solat hajat dan taubat untuk mengira detik kehadiran tahun baru hijriah ini? Kalau waktu persekolahan anak2 di ingatkan kehadiran maal hijrah ini. sewaktu perhimpunan murid2 di ingatkan doa akhir tahun dan awal tahun begitu juga dengan amalan2 yang baik di bulan ini. Dalam musim cuti sebegini.. bergantung kepada kepekaan ibubapa. Tapi seandainya seperti ibubapa yang saya ketemui tadi? Penerapan pemahaman terhadap konsep ini perlu di mulakan pada peringkat anak2 lagi. bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung lagi.
Malaysia ni rakyatnya kaya dengan bahasa. Hijrah ni bermakna perpindahan dari bahasa arab yang secara lughatannya . Tapi boleh di intepretasi dengan lebih mendalam secara literaturenya. Dalam bahasa lain yang sering digunakan ialah transfomasi.. ha..itukan bunyinya macam ada class sikit. Itulah bila sebut transformasi mungkin memberi aura yang lain pada sesetengah individu. Perlukah ditukarkan dari sambutan Maal Hijrah kepada Sambutan tranformasi or whatever yang lebih glamour supaya kehadiran muharam ini lebih disedari lagi?
Kepada rakan-rakan SELAMAT BERADA DI TAHUN HIJRAH YANG BARU- SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM... ingatan buat diri sendiri dan rakan-rakan semua. Sama-samalah kita berdoa semoga umat Islam semakin teguh dan kuat. Syiar Islam kita pertahankan dan mantapkan.. AMIN...
Sunday, December 13, 2009
Gaya kepimpinan atau jangka masa?
Posted by Naa..a at 1:07 PMAdakah perkaitan antara gaya kepimpinannya yang bersifat task oriented dengan pencapaian akademik yang cemerlang? Dalam sedar tak sedar ibubapa ada yang berdesas desus untuk memindahkan anaknya ke sekolah yang dipimpin oleh GB dari sekolah Y ini. Ini bermakna sekolah yang dipimpin selama ini adalah sebuah sekolah yang berkesan. Ibubapa pulak tidak melihat kepada sekolah dan guru yang ada tetapi kepada pemimpin. Pada mereka bila pemimpinnya bagus ia boleh merubah semuanya menjadi bagus. Selama ini bekas gb sekolah y telah membuktikan keberkesanan kepimpinannya ke arah menghasilkan pelajarnya cemerlang dalam pencapaian akademik sekolahnya.
Bagi mencapai kejayaan seperti yang dicapai sekarang,berapa lama masa yang diambil? bukan satu jangka masa yang pendek seingat saya more than 12 tahun. Seandainya kita bertanya kepada guru-gurunya, mereka sudah biasa bahkan menjadi budaya yang sebati dalam kehidupannya dengan stail kepimpinan itu.
Seandainya seorang GB yang mempunyai gaya kepimpinan relationship oriented diberi jangka masa yang sama seperti GB dari sekolah Y adakah ianya mampu produce kuatiti 5 A sebagaimana yang telah dilakukan oleh bekas GB sekolah Y? . Mungkinkah faktor jangka masa seseorang pengetua /GB di sesebuah sekolah boleh mempengaruhi pencapaian.?
Dalam pemerhatian yang diperolehi selama ini gaya kepimpinanya yang bersifat kepada berpusatkan tugas itu dikatakan boleh membawa kepada kejayaannya. Tetapi tidak boleh dinafikan mungkin faktor jangka masa yang panjang yang telah mempengaruhi kecemerlangan itu. Di sini mungkin terdapat beberapa lagi variable2 bersandar yang boleh mempengaruhi kecemerlangan tersebut.
Labels: sembang guru.
Wednesday, December 9, 2009
Syoknya cuti...
Posted by Naa..a at 8:52 PMLabels: santai ..
Monday, December 7, 2009
Full time Suri rumah ..
Posted by Naa..a at 3:00 PM
Wednesday, December 2, 2009
Kawan.
Posted by Naa..a at 4:51 PMSiapa kawan? bagaimanakah ciri2 kawan anda? Adakah kawan anda adalah orang yang sentiasa menyokong anda.? Adakah anda mempunyai kawan? Pada saya semua insan saya temui dan mengenali saya itulah kawan saya. Sebenarnya terlalu ramai kawan cuma kawan karib atau kawan setia tidak ramai. Dalam kehidupan seharian kita dapat perhatikan ada orang yang memilih kawan dengan melihat status. Ada orang melihat karektor, ada orang melihat pada penampilan ada yang melihat pada kepentingan yang bakal di perolehi. Pada saya kawan karib saya adalah seorang yang dapat menerima saya seadanya ketika susah dan ketika senang. Seorang yang sering menegur dengan ikhlas kepada saya. Semenjak berusia 12 tahun saya hidup bersendirian tanpa keluarga di sisi apa yang saya ada adalah kawan.
Dari situ saya menghadapi pelbagai jenis kawan. Pada saya kawan adalah satu hubungan yang penting dan tidak ada tukar ganti dengan sesuatu. Dalam pemilihan kawan kadang2 gerak hati kita memainkan peranan. Kadang secara tidak sedar gerak hati kita mengiyakan walaupun pada orang lain indiividu itu tidak bagus untuk di jadikan kawan tapi naluri kita menerima individu itu maka itu adalah sebenarnya kawan buat saya.
Bila kita berjumpa kawan hati kita merasa tenang dan damai bersamanya walaupun dia sering bertengkar dan berselisih pendapat dengan kita. Apabila kita melalui saat yang seronok kita ingin berkongsi dengannya. Kawan yang baik biasanya dapat memahami diri kita. Dia memahami saat sedih kita. Kawan amat penting kepada kita. Sekiranya anda ada kawan yang baik jangan cuba mengkhianati kepercayaannya. Dalam persahabatan seperti juga percintaan ada banyak cabaran dan kadang2 cabaran itu muncul untuk menguji kesetiaan kawanan kita. Saat ini hanya persahabatan yang ikhlas sahaja dapat menyelamatkan. sekian..
Tuesday, December 1, 2009
Memerhati gelagat anak.
Posted by Naa..a at 3:23 PMRasanya sudah 2 minggu cuti sekolah.Sudah mula terasa bosannya. Nak bercuti keluar daerah belum tiba masanya. Hubby aku jaga periksa SPM dan lepas tu menanda kertas SPM pulak. Mungkin next week lepas habis Spm bercuti sekejap sebelum menanda kertas. Tapi kerja2 kat rumah tak pernah berhabis jugak. mmm kali ni terasa free sungguh dengan sekolah cuti, Kuliah pun cuti waw rasa lapangnye... ha..ni masa bersama anak2. Biasalah anak2 sedang membesar kerja aku musim cuti ni masak itu masak ini. yang best semuanya licin... sedap ke tidak habis... semacam.







