




Buat teman2 inilah sedikit sebanyak nostalgia yang dapat aku kutip buat kali ini. gambar2 ni pun aku dapat menerusi facebook neng, zaiti, sharina dan Sakinah Salleh yang menjadi orang kuat ALLUMNI MMP kita.
start by doing what neccesary than do what possible and suddenly you are doing the impossible
SELAMAT EIDULADHA BUAT SEMUA TEMAN DAN SANAK SAUDARA...SEMUA
Nampaknya eidul adha pada tahun ini aku berada di Rompin aje.. memandangkan suamiku terlibat dengan mengawas peperiksaan dan selepas raya pulak ada mesyuarat penandaan kertas periksa. Kalau balik kelantan dibimbangi banjir dan tak lepas balik pulak. Maka disinilah kami anak-beranak. ha.. itu pun namanya korban kan? Sebagaimana biasa adalah sedikit persediaan untuk menyambut hariraya. Masak la juga ketupat dan rendang. Lain2 tu masak panaslah. Biasanya aku suka bila tamu datang tu.. masak mee ke mihun ke panas2 camtu. Hanya prepare bahan2 yang siap potong je... bila dengar tamu nak sampai barulah capai semua2. Sebab cara tu lebih fresh la. Kat freezer tu simpanlah semua2 yang instant jugak. hi.hi.
Inilah perkara yang terakhir yang dilalui semasa berada di SKJ iaitu hari kantin kali ke2. Pada hari ini semua guru dikehendaki mengadakan jualan. Pada masa yang sama guru kena bertemu ibubapa membuat laporan prestasi anak2 mereka. Pada masa yang sama juga menjemput pegawai polis memberi ceramah berkenaan jenayah kepada ibubapa. Terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan pada hari ini. Aku pula dikehendaki menjual kuih2 basah. Setiap gerai 3 orang guru. Ada lebihkurang 10 gerai. Dek kerana kami bertiga ni kantoi dalam membuat kuih ni so kami beli je RM 30 kuih dari rata2 kedai/warung di sepanjang jalan dan menjualnya dengan harga yang sama je. Apa yang terjadi ada juga kuih tak habis kira sedekahlah pada murid2. Yang lucu kena pulak bagi komisyen 20%. Maka yang rugi bertambah rugi lah. Dah sememangnya bukan jenis interpeur beginilah jadiknya...hi.hi. apa nak buek. Semasa hari anugerah aku tak melaluinya sebab aku menghadiri mesyuarat e pelaporan di Lipis. Hanya ini saat terakhir aku di SKJ. Inilah gerai GB aku (Tudung pink) bersama k.AS dan Nor kedua2nya pekerja swasta sekolah aku sebagai pembantunya. Makanan yang dijual macam2 jenis nasi. hujan panas ada nasik minyak pun ada. Tak menang tangan GB aku berniaga pada hari ni.
Ha.. ini pulak kawan aku. Pada hari kantin yang pertama dulu hanya jual 3 biji pizza je. Nampaknya kali ni. banyak berjualan... sambut cabaran nampak.. makin pandai berniaga ...itu yang mama suka tu...
Ha.. ni gerai GPK HEM ni... kat pejabat tak dek oghe wey.. parent nak tanya pasal banyak hal nu. hang pa duk berjual pulak... wey.. duit gaji dah tak cukup ke? Kalu nak berjual biarlah habis waktu sekolah wey... jual pasar malam malam nanti. kah.kah. jangan mare... terus berjual hingga titisan terakhir.hu.hu.
Yang ni kedai air la.. ayaq kelapa muda...Biasanya laku.. tapi hari ni tak laku.. awatnye,,, hang kena mandi bunga dulu belum berjual. Muka mesti manis barulah laku.. jangan marah pada buah kelapa tuh... marah kat beruk yang panjat kelapa hi. hi. okey guys good luck! Nampaknya suka duka di SKJ berakhir. Walau bagaimanapun korang tetap akak ingat... Selalu2 lawat blog akak..key...
emm, cuti sekolah bermula.Hari ni kami sekeluarga merancang untuk membaik pulih halaman rumah yang tonggang tebalik. Banyak pokok2 yang hidup segan mati tak mahu. Kami menjalankan gotong royong 1 malaysia lah dikediaman kami.
Hari ni..aku bertolak dari Rompin lebihkurang kul 10.30 pagi. Perjalanan hampir 5 jam gak dari Rompin ke Kuala lipis ni. Aduh...penat jugalah. Tapi biasalah travelling ni menjadi perkara biasa bagi orang seperti aku ni. Mesyuarat e-plaporan ni akan berlangsung selama 3 hari. Anyway suasana di Kuala Lipis ni oraait juga. MMm tempat kelahiran Dato' Siti katakan. Manalah tau lama-lama duk kat Lipis ni boleh jadi comel macam siti ha.ha. Ini gurauan je,,, aku tetap akulah...