Monday, November 23, 2009

kenangan terakhir di SKJ

Inilah perkara yang terakhir yang dilalui semasa berada di SKJ iaitu hari kantin kali ke2. Pada hari ini semua guru dikehendaki mengadakan jualan. Pada masa yang sama guru kena bertemu ibubapa membuat laporan prestasi anak2 mereka. Pada masa yang sama juga menjemput pegawai polis memberi ceramah berkenaan jenayah kepada ibubapa. Terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan pada hari ini. Aku pula dikehendaki menjual kuih2 basah. Setiap gerai 3 orang guru. Ada lebihkurang 10 gerai. Dek kerana kami bertiga ni kantoi dalam membuat kuih ni so kami beli je RM 30 kuih dari rata2 kedai/warung di sepanjang jalan dan menjualnya dengan harga yang sama je. Apa yang terjadi ada juga kuih tak habis kira sedekahlah pada murid2. Yang lucu kena pulak bagi komisyen 20%. Maka yang rugi bertambah rugi lah. Dah sememangnya bukan jenis interpeur beginilah jadiknya...hi.hi. apa nak buek. Semasa hari anugerah aku tak melaluinya sebab aku menghadiri mesyuarat e pelaporan di Lipis. Hanya ini saat terakhir aku di SKJ.
Inilah gerai GB aku (Tudung pink) bersama k.AS dan Nor kedua2nya pekerja swasta sekolah aku sebagai pembantunya. Makanan yang dijual macam2 jenis nasi. hujan panas ada nasik minyak pun ada. Tak menang tangan GB aku berniaga pada hari ni.
Ha.. ini pulak kawan aku. Pada hari kantin yang pertama dulu hanya jual 3 biji pizza je. Nampaknya kali ni. banyak berjualan... sambut cabaran nampak.. makin pandai berniaga ...itu yang mama suka tu...
Ha.. ni gerai GPK HEM ni... kat pejabat tak dek oghe wey.. parent nak tanya pasal banyak hal nu. hang pa duk berjual pulak... wey.. duit gaji dah tak cukup ke? Kalu nak berjual biarlah habis waktu sekolah wey... jual pasar malam malam nanti. kah.kah. jangan mare... terus berjual hingga titisan terakhir.hu.hu.
Yang ni kedai air la.. ayaq kelapa muda...Biasanya laku.. tapi hari ni tak laku.. awatnye,,, hang kena mandi bunga dulu belum berjual. Muka mesti manis barulah laku.. jangan marah pada buah kelapa tuh... marah kat beruk yang panjat kelapa hi. hi. okey guys good luck! Nampaknya suka duka di SKJ berakhir. Walau bagaimanapun korang tetap akak ingat... Selalu2 lawat blog akak..key...

1 comments:

Faris said...

Cikgu Rosnah,
Konsep hari kantin di sekolah saya berbeza. Saya dapat buat collection hampir RM17,000.00 dan boleh buat pondok menunggu bas di luar pagar sekolah. And then tahun lepas buat jamuan makan malam amal, collection cuma sekitar RM12,000.00 saja. So next year nak buat hari kantin semula untuk projek buat astaka (grand stand) di tepi padang sekolah.
Tahniah kerana dah berjaya buat hari kantin. So, berapa kutipannya?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...